Sukan Para Asia dilangsungkan pada setiap empat tahun sekali khusus untuk atlet-atlet Orang Kelainan Upaya (OKU) di benua Asia. Temasya ini pada awalnya yang dikenali sebagai ‘FESPIC GAMES’ telah ditukar kepada ‘ASIAN PARA GAMES’ bermula tahun 2010 ke arah menjadikan temasya sukan ini lebih kompetetif dan berstruktur. Setiap atlet yang akan bertanding perlu melepasi had kelayakan minima yang ditetapkan oleh Asian Paralympic Committee (APC).
Sejak sukan ini mula diperkenalkan pada tahun 1975, kontinjen Paralimpik Negara tidak pernah ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam temasya ini.
Pada penyertaan Kontinjen Negara di Temasya Sukan Para Asia Jakarta/Palembang 2018, Kontinjen Negara telah berjaya memperolehi 17 pingat emas, 26 perak dan 25 pingat gangsa dan merupakan pencapaian terbaik negara di luar Kuala Lumpur.