Temasya Sukan Olimpik merupakan temasya sukan yang teragung dan paling berprestij di dunia selain daripada Kejohanan Bolasepak Piala Dunia. Diadakan empat (4) tahun sekali, sukan ini menampilkan atlet-atlet berstatus bintang dari seluruh dunia bersaing merebut pingat emas yang ditawarkan selain mencipta rekod temasya dan dunia.
Penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik
Kontinjen Malaysia telah menyertai temasya Sukan Olimpik sejak penyertaan pertama di Sukan Olimpik Melbourne 1956 kecuali pada tahun 1980 di mana negara telah menyertai gagasan negara-negara lain memulaukan Sukan Olimpik Moscow 1980.
Sukan Olimpik Rio 2016 merupakan penyertaan paling cemerlang kontinjen negara di sukan berprestij dunia itu apabila berjaya membawa pulang empat pingat perak dan satu pingat gangsa.
Sejak penglibatan Malaysia dalam Sukan Olimpik, sukan seperti akuatik (terjun), badminton dan berbasikal merupakan sukan yang kerap menyertainya sehingga tahun 2016. Malah, hoki juga antara wakil Malaysia yang konsisten bertanding di Sukan Olimpik kecuali di Rom 1960, Seoul 1988, Athens 2004 dan Beijing 2008.
Beberapa sukan lain juga mencatat pencapaian terbaik menerusi bekas jaguh pecut negara, Datuk Dr. M. Jegathesan dalam acara 200 meter di Tokyo 1968 dan Mexico 1972, Ishtiaq Mubarak dalam 110m lari berpagar (Mexico 1972).
Bola sepak Malaysia juga tidak sunyi daripada bertanding di Sukan Olimpik apabila dua kali layak ke temasya berprestij itu iaitu pada 1972 di Munich dan 1980 di Moscow tetapi tidak mengambil bahagian gara-gara pendirian politik negara pada ketika itu.
Sukan Olimpik Tokyo
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) secara rasmi membuat keputusan menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sehingga tahun 2021 ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia ketika ini.
Tarikh baru Sukan Olimpik Tokyo dijadualkan berlangsung pada 23 Julai hinga 8 Ogos 2021.
Pemenang pingat