Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola (Induk) SUKMA XXII Selangor 2026 telah dipengerusikan oleh YAB Datoβ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor bertempat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Mesyuarat ini membincangkan cadangan penganjuran Temasya SUKMA 2026 yang dijangka menjadi acara sukan terbesar di Malaysia.
Hadir sama, YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan, YBhg. Datoβ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) & Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXII Selangor 2026 serta YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Penaung dan Penasihat Korporat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) telah diadakan di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Kuala Lumpur pada Rabu.
YB Datoβ Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi MATRADE, dilantik sebagai Penaung NAAM, manakala YBrs. Tuan Haji Arrifin bin Marzuki, Pengerusi Bubbles O2, sebagai Penasihat Korporat NAAM.
Majlis ini merupakan satu langkah penting dalam usaha memajukan sukan memanah di Malaysia.
Turut hadir sama ke majlis tersebut, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), MSN.
Taklimat cadangan pelaksanaan pembangunan 8 sukan Olimpik yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Suriaghandi P. Suppiah, Ahli Lembaga Pengurusan MSN telah berlangsung di MSN, Bukit Jalil.
Sebanyak 8 jenis sukan dikenalpasti berpotensi mampu untuk layak ke Sukan Olimpik seperti Akuatik Renang, Akuatik Terjun, Berbasikal, Memanah, Taekwondo, Skuasy, Badminton dan Olahraga dan MSN kini menyasarkan pembangunan atlet berbakat sukan-sukan berkenaan bermula daripada peringkat umur 13 hingga 21 tahun.
Langkah ini juga melibatkan kerjasama erat dengan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) untuk menyelaraskan pelan tindakan yang lebih efektif dan komprehensif.
Turut hadir pada sesi taklimat itu ialah YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), MSN.
Satu Bengkel Retreat KPI MSN untuk tahun 2025 telah diadakan pada 8 hingga 11 Januari 2025 bagi tujuan membincangkan hala tuju dan merangka strategi jangka panjang yang menyeluruh dan berkesan bagi mencapai visi dan misi Majlis Sukan Negara.
Bengkel tiga hari tersebut telah dihadiri lebih 30 orang yang terdiri daripada pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan MSN itu, telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.
Pada ucapan pembukaan bengkel tersebut, beliau turut menyentuh berkaitan hal-hal pengurusan peruntukan kewangan kerajaan dan etika perbelanjaan penuh integriti serta patuh dengan sop yang ditetapkan oleh jabatan.
Bengkel Semakan Semula Pelan Strategik MSN 2030 telah berlangsung pada 19 hingga 21 Disember 2024 bertempat di Hotel Hatten, Melaka.
Bengkel yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk membuat semakan semula teras strategi dan inisiatif yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik MSN 2030 yang dihasilkan pada tahun 2022.
Seramai 40 orang yang hadir terdiri daripada Pengurusan Tertinggi MSN dan juga Pegawai-Pegawai Kanan MSN.
Hadir sama, YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) MSN.