Majlis Sukan Negara Malaysia
SARAWAK BERSEDIA MENERUSI TAKLIMAT CDM SUKMA XXI SARAWAK 2024

Sekretariat SUKMA Sarawak telah menunjukkan tahap kebersediaan sebagai penganjur menerusi Sesi Taklimat bersama Chef De Mission (CDM) Negeri-Negeri yang telah berlangsung mulai 21 hingga 23 Jun 2024.

Taklimat tersebut diadakan bagi memberi penjelasan kepada semua kontinjen yang terlibat mengenai operasi pengelolaan ke arah SUKMA XXI Sarawak 2024 disamping lawatan ke venue pertandingan di Kuching dan Perkampungan Sukan di UNIMAS.

Turut berlangsung sesi undian kumpulan khusus untuk Acara Bola Sepak Lelaki melibatkan penyertaan 13 Kontinjen disamping semua CDM turut hadir menyertai Larian Baton bersama YAB Premier Sarawak di Waterfront.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MoA) MAJLIS SUKAN NEGARA BERSAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

YBrs. Abdul Rashid Yaakub dan YM Profesor Madya. Dr. Raja Mohamed Firhad Raja Azidin, Dekan Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM telah menandatangani MOA antara MSN bersama UiTM bertempat di MSN, Bukit Jalil pada Jumaat.

Perjanjian penyelidikan bersama telah dimeterai ini adalah untuk mengukur keberkesanan pengurusan sukarelawan penganjuran sukan prestasi tinggi dan pembangunan modul untuk melahirkan sukarelawan sukan yang berkemahiran dan beretika.

Diharapkan dengan kerjasama ini, dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua pihak dalam melahirkan lebih ramai sukarelawan yang berkemahiran dan berpengetahuan bagi sesuatu kejohanan dan temasya.

JELAJAH ROAD TO PARIS 2024 – SMK GELANG PATAH

Zon Selatan menjadi destinasi seterusnya dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah, Johor Bahru menjadi persinggahan pertama Siri Jelajah Road To Paris 2024.

SMK Gelang Patah merupakan sekolah jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan.

Jelajah Road To Paris 2024 Zon Selatan akan diteruskan ke Melaka pada Jumaat.

JELAJAH ROAD TO PARIS 2024 – SMK SRI HARTAMAS

Siri Jelajah Road To Paris 2024 diteruskan lagi dengan destinasi ke Zon Tengah meliputi Wilayah Persekutuan KL dan Selangor.

SMK Sri Hartamas merupakan bekas sekolah atlet Badminton, Goh Jin Wei.

Jelajah ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan penglibatan masyarakat kepada Kontinjen Negara dan menanam semangat ‘sense of belongings’ di kalangan rakyat Malaysia bersempena temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2024.

JELAJAH ROAD TO PARIS 2024 – INTEGRATED ISLAMIC SCHOOL SHAH ALAM

Siri Jelajah Road To Paris 2024 diteruskan lagi dengan destinasi ke Zon Tengah meliputi Wilayah Persekutuan KL dan Selangor.

Integrated Islamic School Shah Alam merupakan bekas sekolah atlet Boccia, Abdul Razzaq Abdul Rahman.

Jelajah ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan penglibatan masyarakat kepada Kontinjen Negara dan menanam semangat ‘sense of belongings’ di kalangan rakyat Malaysia bersempena temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2024.

MESYUARAT ‘HIGH PERFORMANCE SPORT TEAM MEETING’ (HPTM) SUKAN PENCAK SILAT PODIUM

Mesyuarat ‘High Performance Sport Team Meeting’ (HPTM) bagi sukan Pencak Silat Podium 2024 telah diadakan pada 20 Jun bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan prestasi atlet serta isu-isu berbangkit antara atlet dan jurulatih.

Turut hadir, Pengurus Sukan, Institut Sukan Negara, Persatuan Sukan Kebangsaan serta Jurulatih dan Atlet.

KEJOHANAN ASIAN JUNIOR TENPIN BOWLING CHAMPIONSHIPS 2024

Sukan : TENPIN BOLING

Tarikh : 17 – 22 JUN 2024

Tempat : Sunway Pyramid

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

ACARA BOY’S TEAM

🥇 – AUSTRALIA A

🥈 – MALAYSIA B

🥉 – AUSTRALIA B

ACARA GIRL’S TEAM

🥇 – MALAYSIA A

🥈 – SINGAPORE A

🥉– SINGAPORE B

ACARA GIRL’S ALL EVENT

🥇– Afiqah Kamelia Ali (MAS A)

🥈– Intan Nor Edryana Nor Azlima (MAS A)

🥉– Ella Tan Shi Min (SGP B)

JELAJAH ROAD TO PARIS 2024 – SMK SRI SENTOSA

Siri Jelajah Road To Paris 2024 diteruskan lagi dengan destinasi ke Zon Tengah meliputi Wilayah Persekutuan KL dan Selangor.

SMK Sri Sentosa merupakan bekas sekolah atlet Para Badminton, Cheah Liek Hou.

Jelajah ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan penglibatan masyarakat kepada Kontinjen Negara dan menanam semangat ‘sense of belongings’ di kalangan rakyat Malaysia bersempena temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2024.

JELAJAH ROAD TO PARIS 2024 – SMK DARUL EHSAN

Siri Jelajah Road To Paris 2024 diteruskan lagi dengan destinasi ke Zon Tengah meliputi Wilayah Persekutuan dan Selangor.

SMK Darul Ehsan merupakan bekas sekolah atlet boccia, Noor Askuzaimey Mat Salim.

Jelajah ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan penglibatan masyarakat kepada Kontinjen Negara dan menanam semangat ‘sense of belongings’ di kalangan rakyat Malaysia bersempena temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2024.

JELAJAH ROAD TO PARIS 2024 – SMK AMINUDDIN BAKI

Siri Jelajah Road To Paris 2024 diteruskan lagi dengan destinasi ke Zon Tengah meliputi Wilayah Persekutuan KL dan Selangor.

SMK Aminuddin Baki merupakan bekas sekolah atlet memanah negara, Ariana Nur Dania.