Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS PENGENALAN PASUKAN SEMPENA JUNIOR CYCLING MALAYSIA (JCM) SIRI 4-2024 PERLIS

Majlis Pengenalan 18 pasukan yang bertanding pada perlumbaan berbasikal Junior Cycling Malaysia (JCM) Siri 4-2024 Perlis telah berlangsung di Dewan Bankuet Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis pada 15 Mei 2024.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Wan Zikri Afthar Ishak, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pembangunan IKS & Wilayah Ekonomi Baharu & Pemerkasaan Usahawan & Ekonomi Kreatif Negeri Perlis.

Turut hadir sama ke majlis tersebut, Yang Berhormat Tuan Megat Hashirat bin Hassan, Dewan Undangan Negeri Pauh, Yang Berhormat Tuan Haji Razali bin Saad, Dewan Undangan Negeri Simpang Empat serta Pengarah Majlis Negeri Perlis, Tuan Mohd Azraai Zain bin Tusimin.

MESYUARAT PENGURUS DAN PENGUNDIAN PASUKAN JUNIOR CYCLING MALAYSIA (JCM) SIRI 4-2024 PERLIS.

Mesyuarat Pengurus dan Pengundian Pasukan JCM Siri 4-2024 Perlis telah diadakan bertempat di Majlis Sukan Negeri Perlis pada rabu. Sebanyak 18 pasukan melibatkan 109 pelumba akan bertanding acara lumba berperingkat yang akan berlangsung pada 16-18hb Mei ini.

Acara Kriterium juga turut diadakan pada hari terakhir program ini bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar.

MESYUARAT ‘HIGH PERFORMANCE SPORT TEAM MEETING’ (HPTM) SUKAN MEMANAH PODIUM & PK 2024

Mesyuarat ‘High Performance Sport Team Meeting’ (HPTM) bagi sukan Memanah Podium dan Pelapis Kebangsaan 2024 telah diadakan pada 10 Mei yang lalu bertempat di Velodrom MSN, Nilai.

Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan prestasi atlet serta isu-isu berbangkit antara atlet dan jurulatih.

Turut hadir, Pengurus Sukan, Institut Sukan Negara, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia serta Jurulatih dan Atlet.

JAPAN TRACK CUP

10-12 Mei 2024

Izu Velodrome

Hari Ketiga

Men Elite Keirin

🥇Ota Kiaya

🥈Kento Yamasaki

🥉Dato Mohd Azizulhasni Awang

WORLD CUP PARA POWERLIFTING 2024, PATTAYA, THAILAND

Tarikh: 3 – 11 Mei 2024

Tempat: Pattaya, Thailand

Keputusan:

Event: Men’s up to 80kg

Best Lift

Gold: Bryan Junency (MAS) – 185kg (EPB)

Silver: Drake Vega (CUB) – 180kg

Bronze: Roman Macko (SVK) – 142kg

Total Lift

Gold: Roman Macko (SVK) – 410kg

Silver: Muhd Nigo (UGA) – 402kg

Bronze: Bryan Junency (MAS) – 360kg

Event: Men’s up to 107kg

Best Lift

Gold: Enkhbayar (MGL) – 235kg

Silver: John Yee Khie (MAS) – 230kg

Bronze: Nuriddin (UZB) – 225kg

Total Lift

Gold: Enkhbayar (MGL) – 465kg

Silver: John Yee Khie (MAS) – 450kg

Bronze: Nuriddin (UZB) – 448kg

JAPAN TRACK CUP I & II

10-12 Mei 2024

Izu Velodrome

Hari Kedua perlumbaan:

Men Elite Sprint

🥇Ota Kiaya

🥈Yuta Obara

🥉Dato Mohd Azizulhasni Awang

MESYUARAT PENYELARASAN ANTARA MSN DAN ISN BILANGAN 1

Mesyuarat Penyelarasan antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara Bilangan 1 telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN bersama YBrs. Encik Faedzal Md Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif, ISN pada 10 Mei 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaras perkara-perkara di bawah seliaan MSN dan ISN serta membincangkan perkara-perkara dalam membangunkan ekosistem sukan negara.

MESYUARAT ‘HIGH PERFORMANCE SPORT TEAM MEETING’ (HPTM) SUKAN BADMINTON PODIUM & PK 2024

Mesyuarat ‘High Performance Sport Team Meeting’ (HPTM) bagi sukan Badminton Podium dan Pelapis Kebangsaan 2024 telah diadakan pada 9 Mei yang lalu bertempat di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.

Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan prestasi atlet serta isu-isu berbangkit antara atlet dan jurulatih.

Turut hadir, Pengurus Sukan, Institut Sukan Negara, Persatuan Badminton Malaysia serta Jurulatih dan Atlet.

BENGKEL PEMBANGUNAN KIT LATIHAN KOMUNIKASI MEDIA ATLET MSN

Majlis Sukan Negara menerusi Bahagian Korporat telah mengadakan Bengkel Pembangunan Kit Latihan Komunikasi Media Atlet MSN pada 8 hingga 9 Mei 2024 bertempat di Hotel Dorsett Grand, Subang.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan satu kit latihan yang boleh digunakan sebagai garis panduan bagi mengendalikan kursus komunikasi media untuk atlet-atlet program MSN. Selain itu, untuk meningkatkan bilangan atlet-atlet negara yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan profesional.

Turut hadir sama, YBrs. Encik Ariffin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MSN menyempurnakan majlis penutup bengkel.

KEM BAKAT KEBANGSAAN SUKAN ANGKAT BERAT 2024

Majlis Sukan Negara menerusi Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita telah menganjurkan Kem Bakat Kebangsaan Sukan Angkat Berat pada 29 April hingga 4 Mei 2024 bertempat di Gimnasium Angkat Berat Negeri Perak Ipoh, Perak.

Penganjuran kem ini telah menghimpunkan seramai 24 orang atlet yang telah memenangi pingat emas di Karnival Bakat Kebangsaan Selangor Siri 1/2024.

Majlis Sukan Negara Malaysia