Seramai 15 atlet negara telah terlibat dalam Program Khidmat Masyarakat (CSR) pada Sabtu yang bertempat di Kechara Food Bank, Setapak.
Program CSR yang pertama pada tahun 2024 ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni, sikap ambil peduli, empati pada orang lain serta cakna pada keadaan sekeliling.
Satu Kursus Pengucapan Awam buat Atlet Negara telah diadakan pada 30 April 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.
Kursus anjuran Cawangan Kerjaya MACE itu menyaksikan kehadiran seramai 10 orang atlet dan dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dari syarikat ‘Career Expert, Coach Nik Faiz.
Kursus ini dibahagikan kepada 3 modul iaitu Gaya Komunikasi Ditempat Kerja, Cara Mengawal Emosi Ketika Berkomunikasi serta Modul Komunikasi Berkesan.
YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) MSN telah hadir menyampaikan ucaptama pada Bengkel Fast Track Los Angeles 2028 bertempat di Hotel Mercure Living, Putrajaya.
Bengkel yang diadakan dari 1 hingga 3 Mei 2024 itu bertujuan untuk menyediakan pelan persediaan latihan atlet menuju ke arah persiapan Temasya Sukan Olimpik Paris Los Angeles 2028 serta mengenalpasti keperluan tambahan yang diperlukan dan seramai 40 orang wakil telah hadir terdiri daripada Institut Sukan Negara dan Persatuan Sukan Kebangsaan.
Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia Bil. 10 telah dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh bertempat di MSN, Bukit Jalil.
Mesyuarat hari ini bertujuan untuk melaporkan berkaitan status persediaan pengelolaan tuan rumah Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 dan laporan Jawatankuasa Khas Teknikal. Turut diputuskan 488 acara (236 lelaki, 217 wanita dan 35 acara campuran atau terbuka) yang ditawarkan untuk Kontinjen kemuka senarai akhir pendaftaran shortlist
Turut hadir YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu KSU KBS, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria Presiden MOM, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub Ketua Pengarah MSN, YBrs. Encik Ahmad Faedzal Md Ramli CEO ISN serta YB Menteri / YB Exco Belia Sukan Negeri bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri.
Bukit Jalil – Mesyuarat Jawatankuasa Induk PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024 BIL 1 telah dipengerusikan oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk LTdL 2024 bertempat di Dewan Banquet Casa 4, MSN Bukit Jalil.
Hari ini, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara merangkap Setiausaha Jawatankuasa Induk Petronas Le Tour de Langkawi 2024, memohon pertimbangan kerjasama khususnya kepada Agensi dan Jabatan-Jabatan Kerajaan serta Negeri yang terlibat.
PETRONAS Le Tour de Langkawi edisi ke-28 akan membuka tirai secara rasminya bagi peringkat pertama di Dataran Lang, Pulau Langkawi pada 29 September 2024 ini. Pada tahun ini perlumbaan akan diakhiri di Bintulu, Sarawak pada 6 Oktober 2024. Laluan perlumbaan berjarak keseluruhan 1,191km meliputi 11 buah negeri dan perlumbaan akan dimeriahkan lagi oleh Pertandingan Sorakan Sekolah dan Sorakan Kampung (Voice of LTdL).
KUALA LUMPUR (29 April) – Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini mengumumkan pelantikan dua Ahli Lembaga Pengurusan MSN yang baharu bagi penggal bermula 1 Mei 2024 hingga 30 April 2026.
Muka baharu pertama ialah bekas pemain hoki negara yang pernah beraksi di temasya Sukan Olimpik 1992 di Barcelona, Encik Suriaghandi Suppiah yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai Transformasi dan juga bekas Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, KPJ Healthcare Berhad. Sebelum itu, beliau pernah memegang jawatan kanan di beberapa syarikat besar. Antaranya ialah Khazanah Nasional Berhad, Parkway Group Healthcare di Singapura, Kumpulan Hospital Pantai, Salcon Green Energy di UK dan Shell Malaysia Retail Real Estate.
Pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada University of Chicago Booth School of Business itu menggantikan Puan Nurul Huda Abdullah yang akan memikul peranan baharu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sukan Selamat, Kementerian Belia dan Sukan.
Seorang lagi muka baharu dalam Lembaga Pengurusan MSN ialah wakil Kementerian Kewangan iaitu Puan Hazlina Ab Aziz menggantikan Encik Idwan Ariff Abdul Rahman yang telah memberikan sumbangan bagi tiga penggal yang lepas.
Ahli-Ahli Lembaga Pengurusan MSN lainnya terus diberikan kepercayaan untuk penggal terbaru ini.
Antara beberapa keputusan penting diputuskan Lembaga Pengurusan MSN sepanjang tempoh penggal dua tahun berakhir 30 April 2024 ialah seperti berikut:
a) penubuhan Projek Road to Gold (RTG), yang memberi fokus memenangi pingat emas pertama pada temasya Sukan Olimpik, baik pada tahun ini mahupun untuk edisi temasya pada tahun 2028;
b) memperkenalkan Skim Kontrak Penggajian Atlet (SKPA) yang menukar bayaran elaun kepada bayaran gaji dengan imbuhan tambahan seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso);
c) kajian semula Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan (SPJK) yang lebih baik kepada semua jurulatih di bawah program MSN;
d) memeterai perjanjian Memorandum Persefahaman bersama Nippon Sport Science University (NSSU) pada 13 Februari 2023 bagi membantu dalam kecemerlangan sukan prestasi tinggi negara;
e) mewajibkan pegawai pengiring kepada atlet Para yang menyertai kejohanan peringkat antarabangsa.