Satu sidang media bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh mengenai Program Fast Track Squash di bawah inisiatif Jawatankuasa Road To Gold telah diadakan di Dewan Banquet Casa 4, MSN Bukit Jalil.
Sidang media ini adalah mengenai perancangan program latihan 4 atlet squash yang telah terpilih ke dalam program fast track sebagai persediaan awal menghadapi Temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
4 atlet tersebut adalah S.Sivasangari, Ng Eain Yow, Aifa Azman dan Aira Azman akan menjalani pendedahan latihan luar negara selain bantuan kejurulatihan khusus, peralatan latihan dan pemulihan, perkhidmatan sokongan perubatan dan sains sukan serta khidmat kepakaran teknikal.
TEMPAT: DEWAN ANGKAT BERAT, KOMPLEKS SUKAN TUANKU SYED PUTRA, KANGAR PERLIS
KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN:
14/07/2024
13THN – 14THN
WANITA: 40KG, 45KG, 49KG, 55KG, 59KG, +59KG
15THN – 17THN
WANITA: 45KG, 49KG, 55KG, 59KG, 64KG, +64KG
Kejohanan bakat sukan angkat berat telah dijalankan merentasi lima zon di seluruh negara. Kelayakan angkatan di kejohanan ini sedikit berbeza berbanding kelayakan angkatan di Karnival Bakat Kebangsaan (KBK) iaitu angkatan bermula 30kg bagi wanita dan 35kg lelaki, manakala di KBK pula angkatan bermula 25kg untuk lelaki dan 20kg bagi wanita.
Zon Utara merupakan zon terakhir bagi sukan angkat berat. Pertandingan di setiap zon menyaksikan persembahan hebat daripada setiap pasukan negeri yang mengambil bahagian.
Berikut adalah pecahan penyertaan atlet bagi setiap negeri:
1. Perlis – 11 (L) 6 (W)
2. Kedah – 24 (L) 9 (W)
3. P.Pinang – 3(L) 2 (W)
4. Perak – 14(L) 11(W)
5. Selangor – 18(L) 5(W)
6. WPKL – 21(L) 5(W)
7. N. Sembilan – 4(L) 1(W)
8. Melaka – 16(L) 5(W)
9. Johor – 4(L) 3(W)
10. Pahang – 3(L)
11. Terengganu – 14(L) 7(W)
12. Kelantan – 3(L) 1(W)
13. Sabah – 18(L) 4(W)
14. Sarawak – 4(L) 3(W)
Jumlah keseluruhan: 157(L) 62(W)
Kejohanan peringkat akhir dijangka berlangsung pada bulan September selepas mesyuarat penyelarasan bersama pihak PABM.
Majlis Undian Sukan Berpasukan bagi temasya Sukan Malaysia SUKMA XXI Sarawak 2024 telah diadakan di Hotel Dorsett Grand, Subang dan melibatkan 11 Jenis Sukan iaitu Bola Sepak Wanita, Futsal Lelaki, Bola Jaring, Bola Tampar Dewan, Hoki, Kabaddi, Ragbi, Sofbol, Bola Keranjang, Kriket dan Sepak Takraw.
Turut hadir sama ke majlis berkenaan, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Bil 3/2024 SUKMA XXI Sarawak telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 bertempat di Hotel Dorsett Grand Subang, Selangor.
Mesyuarat diadakan bagi pengesahan acara selepas tarikh senarai pendek pendaftaran atlet telah ditutup pada 5 Julai 2024 yang lalu sekaligus membentangkan persiapan venue pertandingan bagi yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SUKMA XXI Sarawak 2024, YBrs. Encik Awang Putrayusrie bin Haji Awang Redzuan.
Turut hadir sama, YBrs. Encik Morshidi Fredrick, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawan Sarawak, YBrs. Encik Peter Chee Nyuk Min, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXI Sarawak 2024 dan YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) MSN.