Majlis Sukan Negara Malaysia
KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN SUKAN SARAWAK KE MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Sukan Sarawak ke Ibu Pejabat MSN, Bukit Jalil.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama, menetapkan matlamat bersama, serta merancang langkah pelaksanaan strategik bagi memajukan pembangunan sukan.

Turut hadir, YBrs. En. Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, dan YBrs. Encik Khairul Nizam Morshidi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pemangku Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak.

KUNJUNGAN HORMAT PUSAT SUKAN UiTM KE MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Sukan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke Ibu Pejabat MSN, Bukit Jalil.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam bidang pembangunan sukan, mendapatkan maklumat strategik, serta berkongsi pandangan dan perancangan bersama bagi memajukan ekosistem sukan negara.

Kunjungan turut dihadiri oleh YBrs. En. Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN serta Encik Ahmad Tarmizy Mohammed, Pengarah Pusat Sukan, UiTM.

KUNJUNGAN HORMAT PUSAT SUKAN UiTM KE MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Sukan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke Ibu Pejabat MSN, Bukit Jalil.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam bidang pembangunan sukan, mendapatkan maklumat strategik, serta berkongsi pandangan dan perancangan bersama bagi memajukan ekosistem sukan negara.

Kunjungan turut dihadiri oleh YBrs. En. Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN serta Encik Ahmad Tarmizy Mohammed, Pengarah Pusat Sukan, UiTM.

SESI PEMBENTANGAN LAPORAN KAJIAN TASK FORCE PROGRAM KHAS

Sesi pembentangan dapatan Data Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program Khas MSN oleh pihak penyelidik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dipengerusikan oleh YBrs. En Sofian Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Sukan MSN yang turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah bahagian MSN.

Satu Kajian keberkesanan pelaksanaan program khas bagi sukan NHDP, NRDP dan NNDP telah diarahkan oleh Lembaga Pengurus MSN bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaan program pembangunan sukan yang dilaksanakan oleh MSN.

Ahli Jawatankuasa Task Force yang dibentuk adalah terdiri daripada kombinasi pakar penyelidik dari UPSI dan bekas pemain kebangsaan bagi setiap sukan (Hoki,Ragbi dan Bola Jaring).

PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA MSN – PERKESO – ISN

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) bersama Institut Sukan Negara (ISN) telah mengadakan perbincangan bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKSO) bagi membincangkan kerjasama tiga hala antara MSN-PERKESO-ISN bertempat di Ibu Pejabat PERKESO, Kuala Lumpur.

Perbincangan yang dihadiri oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, memfokuskan kepada usaha mewujudkan kerjasama erat dalam pengenalpastian bakat atlet Para baharu melalui Pusat Rehabilitasi PERKESO, serta membincangkan caruman atlet negeri dan atlet luar program MSN bersama PERKESO.

KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA SEKRETARIAT WANITA DALAM SUKAN SIRI 2/2025

Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Sekretariat Wanita Dalam Sukan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 Siri 2/2025 pada 6 hingga 8 Ogos 2025 bertempat di Hotel Berjaya Penang, Pulau Pinang.

Seramai 30 peserta telah menyertai kursus ini, terdiri daripada wakil Persatuan Sukan Negeri, Persatuan Para Kebangsaan, kelab, institusi pengajian tinggi awam (IPTA), serta pentadbir sukan dari pelbagai peringkat.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas pengurusan sukan dalam kalangan wanita serta pentadbir sukan dari pelbagai organisasi ke arah melahirkan pengurus sukan yang lebih berdaya saing dan berwibawa.

PARA ASEAN 2025, ZARRAWI RAVI ABDULLAH DILANTIK KETUA KONTINJEN

BUKIT JALIL, 7 Ogos – Persiapan negara ke Temasya Para ASEAN Thailand terus diperkukuh menerusi Mesyuarat Bersama Persatuan Sukan Para Kebangsaan (PSK) yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Mesyuarat kali pertama yang dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) MSN, En. Mohd Sofian Hamzah turut menyaksikan pelantikan rasmi Encik Zarrawi Ravi Abdullah sebagai Ketua Kontinjen Negara.

Antara fokus utama ialah pembentangan kriteria pemilihan atlet oleh Majlis Paralimpik Malaysia, melibatkan pemenang pingat, pemegang rekod serta atlet pembangunan yang layak secara klasifikasi dan kesihatan.

Temasya Edisi ke-13 kali ini mempertandingkan 19 jenis sukan di sekitar daerah Nakhon Ratchasima (Korat) bermula 20 hingga 26 Januari 2026.

MAJLIS PENGUMUMAN PASUKAN DAN DOMESTIQUE BY PETRONAS LE TOUR DE LANGKAWI (PLTDL) 2025

Perlumbaan jelajah berbasikal Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) bakal menampilkan tiga pasukan berstatus WorldTeam (WT) dan lapan pasukan ProTeam (PT).

Melengkapkan senarai 22 pasukan yang bertanding dalam saingan lapan hari itu nanti ialah 10 pasukan berstatus benua (Continental) dan sebuah pasukan kebangsaan iaitu Malaysia.

Edisi ke 29 PLTdL 2025 akan membuka tirai saingan pada 28 September hingga 5 Oktober 2025 membabitkan kayuhan sejauh 1257.8 kilometer merentasi 12 negeri Semenanjung Malaysia

Acara berbasikal amatur, Domestique by PLTdL 2025 juga akan diteruskan tahun ini dengan jarak kayuhan sejauh 96.7 kilometer yang akan diadakan pada 27 September 2025

Pengumuman pasukan dan Domestique by PLTdL 2025 diumumkan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Majlis Sukan Negara, En. Arrifin Mohd Ghani.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan, En. Mohd Sofian Hamzah dan Ketua Pegawai Operasi LTdL 2025, En. Emir Abdul Jalal.

MESYUARAT PENYELARASAN PETRONAS LE TOUR DE LANGKAWI 2025 BIL 1/2025

Mesyuarat Penyelarasan Ketua-Ketua Jabatan dan Teknikal Bilangan 1/2025 bagi penganjuran PETRONAS Le Tour de Langkawi (PLTdL) 2025 telah diadakan pada 7 Ogos 2025 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Mesyuarat ini telah membincangkan penyelarasan hala tuju, peranan, dan perancangan jabatan-jabatan terlibat, di samping menyampaikan makluman terkini berkenaan pengoperasian serta mendapatkan maklum balas daripada ketua-ketua jabatan PLTdL menjelang perlumbaan yang akan berlangsung kurang daripada dua bulan lagi.

Turut hadir sama ke mesyuarat tersebut, YBrs. En. Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN, En. Mohd Safrushahar bin Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan merangkap Pengarah Acara PLTdL 2025, En. Emir Abdul Jalal, Ketua Pegawai Operasi serta En. Arif Astaman, Pengarah Teknikal PLTdL 2025.

KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (MPGIA)

Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Unit integriti MSN dengan kerjasama Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah menganjurkan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) bagi kumpulan pelaksana pada 5 hingga 6 Ogos 2025 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

Antara topik yang dibentangkan adalah Integriti Dalam Perkhidmatan Awam serta Kesalahan Lazim Tatatertib Dalam Perkhidmatan Awam.

Objektif Kursus MPGIA ini adalah bertujuan untuk memahami maksud integriti dan kepentingan dalam perkhidmatan awam, memahami kesalahan-kesalahan rasuah berdasarkan Akta SPRM 2009, mengetahui bentuk salah laku yang sering berlaku dalam perolehan kerajaan dan mengetahui kesalahan tatatertib yang sering berlaku dalam perkhidmatan awam.