Majlis Sukan Negara menerusi Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita telah menganjurkan Kem Bakat Kebangsaan Sukan Angkat Berat pada 29 April hingga 4 Mei 2024 bertempat di Gimnasium Angkat Berat Negeri Perak Ipoh, Perak.
Penganjuran kem ini telah menghimpunkan seramai 24 orang atlet yang telah memenangi pingat emas di Karnival Bakat Kebangsaan Selangor Siri 1/2024.
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Malaysia Aviation Group (MAG) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di MAB Academy, Sepang.
MAG hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan KBS, khusus untuk memajukan inisiatif pembangunan sukan di seluruh negara. Program MHsports ini disediakan untuk KBS menawarkan faedah eksklusif kepada atlet, jurulatih dan Persatuan Sukan Kebangsaan yang berdaftar dan dibenarkan di bawah KBS.
Kerjasama ini juga akan menyaksikan penubuhan program pengiktirafan untuk memberi penghormatan kepada ahli sukan dan organisasi cemerlang yang disokong oleh Malaysia Airlines, yang menekankan komitmen dalam meraikan kecemerlangan sukan.
Turut hadir sama ke majlis, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.
Majlis Sukan Negara telah menerima Kunjungan Hormat daripada Ahli EXCO FAMEMAS pada 6 Mei 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.
Pertemuan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN bersama YBrs. Encik David Foo, Setiausaha Perhubungan Awam FAMEMAS itu bertujuan untuk memperkenalkan ahli EXCO yang baharu serta membincangkan perancangan dan matlamat FAMEMAS bagi tahun 2024.
Majlis Sukan Negara menerusi Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan telah mengadakan kursus Training of Trainers (TOT) pada 6 hingga 7 Mei 2024 bertempat di Bilik Seminar Casa 4, MSN.
Tujuan kursus ini diadakan sebagai pendedahan awal dalam mengendalikan Volunteer Management Intergrated System (VMiS) kepada pegawai dan anggota Majlis. Sistem ini merupakan sistem pengurusan dan pengoperasian sukarelawan yang akan digunakan untuk masa akan datang.
Seramai 15 atlet negara telah terlibat dalam Program Khidmat Masyarakat (CSR) pada Sabtu yang bertempat di Kechara Food Bank, Setapak.
Program CSR yang pertama pada tahun 2024 ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni, sikap ambil peduli, empati pada orang lain serta cakna pada keadaan sekeliling.