Majlis Sukan Negara Malaysia
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KONTINJEN MALAYSIA ANGGUN DAN KACAK BERGAYA PADA UPACARA PERASMIAN PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Hujan tidak menjadi halangan buat Kontinjen Malaysia untuk tampil mempersona menggayakan busana ‘The Malaya’ pada acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024.

Kontinjen Malaysia diwakili enam atlet dan empat pegawai dengan penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif menggalas tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Bertrand dan Nur Shazrin turut disertai Nur Dhabitah Sabri (terjun), Khairulnizam Mohd Afendy (pelayaran), Ashley Lau (golf) dan Tan Rouxin (renang) di atas bot yang turut membawa delegasi dari Malawi dan Maldives itu.

Atlet wanita memakai baju kurung songket dengan kelubung manakala atlet lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga turut disertai Chef de Mission, Datuk Hamidin Mohd Amin, bersama timbalannya Datuk Nicol David, serta ketua perubatan kontinjen, Dr Jasmiza Khuzairi Jasme dan pegawai keselamatan Majlis Olimpik Malaysia, Ang Li Pei.

Paris 2024 menyaksikan temasya Olimpik kembali ke kota itu, 100 tahun selepas kali pertama menganjurkan Olimpik pada tahun 1900 dan kemudian pada tahun 1924.

Ibu kota Perancis itu menjadi kota kedua menganjurkan Olimpik sebanyak tiga kali, selepas London pada tahun 1908, 1948, dan 2012.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Karnival UDA 2024

Sekitar hari pertama Fiesta Bakat di Karnival UDA 2024. Antara aktiviti yg dijalankan termasuklah sesi latihan memanah, pertandingan shoot out bola jaring dan imbang bola. Karnival ini berlangsung bermula hari ini 27 hingga 29 Julai di Dataran Gravitas, Pulau Pinang. Jom ramai2 meriahkan Fiesta Bakat di Karnival UDA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PEARLY DAN THINAAH DAPATKAN RAWATAN KIROPRAKTIK DI MALAYSIA HOUSE

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan – M.Thinaah dapatkan rawatan kiropraktik di Malaysia House hari ini.

Perkhidmatan sokongan ini disediakan Sekretariat Road To Gold bagi membantu pemulihan atlet negara di Sukan Olimpik Paris 2024 selain menampung kakitangan perkhidmatan sokongan yang terhad di dalam perkampungan sukan.

Selain rawatan kiropraktik, antara perkhidmatan lain disediakan termasuk tukang urut, fisioterapi, psikologi dan pakar pemakanan yang semuanya memainkan peranan penting dalam proses pemulihan atlet.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
TAKLIMAT KOD SUKAN SELAMAT BERSAMA ATLET DAN JURULATIH KONTINJEN SUKMA PAHANG (GOLDEN ELEPHANT WARRIOR CAMP 2024)

Sesi Taklimat Kod Sukan Selamat bersama atlet dan jurulatih Kontinjen SUKMA Pahang telah diadakan pada 24 Julai yang lalu bertempat di Pusat Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Gambang, Pahang.

Seramai 395 orang atlet dan jurulatih telah hadir ke sesi taklimat yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat MACE, MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT ‘HIGH PERFORMANCE SPORT TEAM MEETING’ (HPTM) SUKAN SEPAK TAKRAW

Mesyuarat ‘High Performance Sport Team Meeting’ (HPTM) bagi sukan Sepak Takraw telah diadakan pada 25 Julai bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan prestasi atlet serta isu-isu berbangkit antara atlet dan jurulatih.

Turut hadir, Pengurus Sukan, Jurulatih dan Atlet.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Saingan ranking individu dan berpasukan Sukan Olimpik Paris 2024 di Les Invalides.

Aksi atlet memanah negara, Syaqiera Mashayikh, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi dan Nurul Azreena Mohamad Fazil dalam saingan ranking individu dan berpasukan Sukan Olimpik Paris 2024 di Les Invalides.

Syaqiera mengumpul 663 mata untuk menduduki tangga ke 14 keseluruhan sekaligus berjaya mencatat rekod peribadi terbaik.

Ariana Nur Dania pula meraih 633 mata manakala Nurul Azeera mencatat 622 mata.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT ‘HIGH PERFORMANCE SPORT TEAM MEETING’ (HPTM) SUKAN MENEMBAK

Mesyuarat ‘High Performance Sport Team Meeting’ (HPTM) bagi sukan Menembak telah diadakan pada 25 Julai bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan prestasi atlet serta isu-isu berbangkit antara atlet dan jurulatih.

Turut hadir, Pengurus Sukan, Jurulatih dan Atlet.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS BASIC LIFE SUPPORT SIRI 2 – 2024

Kursus Basic Life Support Siri 2 telah diadakan pada 24 Julai 2024 bertempat di Hotel Imperial Heritage, Melaka.

Seramai 39 orang jurulatih telah terlibat dalam kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita, MSN dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), ISN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Azizulhasni imbau kenangan pertama di Olimpik

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengimbau detik penampilan pertamanya di Sukan Olimpik Beijing 2008 sambil menyifatkan ia sebagai detik permulaan dalam perjalanannya di temasya terbesar dunia itu.

Pada penampilan di Beijing, Azizulhasni baru berusia 20 tahun selain diberi tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang bagi kontinjen negara yang disertai 32 atlet.

Pada edisi berkenaan, kontinjen negara membawa pulang satu pingat perak yang disumbangkan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei manakala Azizulhasni, menamatkan acara keirin perseorangan di tempat ke-10 keseluruhan dan kelapan dalam acara pecut perseorangan.

Azizulhasni atau dikenali dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ kemudian mempamerkan peningkatan dalam setiap penyertaan selepas itu dengan setakat ini, sudah memperoleh satu pingat perak di Olimpik Tokyo 2020 dan gangsa di Rio 2016.

Kali ini, Azizulhasni, 36, bakal membuat penampilan kelima dan mungkin yang terakhirnya di Paris 2024 dengan membawa misi untuk membawa pulang kilauan pingat emas sulung buat negara.

“Penampilan pertama ke temasya di Beijing sebagai pembawa bendera untuk kontinjen negara di Stadium Sarang Burung (Bird’s Nest),” tulis Azizulhasni dalam hantarannya di media sosial.

“Berumur 20 tahun, tampil dengan penuh cita-cita yang tinggi untuk menjadi yang terbaik bukan hanya di Malaysia, bukan sahaja di rantau Asia, akan tetapi mahu menjadi yang terbaik di dunia.

“Apa yang saya tahu, waktu itu adalah sebuah permulaan kepada perjalanannya. Dan tidak pula saya tahu akan bagaimana pengakhirannya. Berbekalkan saiz badan biasa tetapi semangat yang luar biasa, saya mulakan segalanya.”

Kem berbasikal trek turut disertai Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri. Berbasikal trek dijadual berlangsung di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines dari 5 hingga 11 Ogos ini.-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
TAKLIMAT KOD SUKAN BERSAMA JURULATIH DAN PENGURUS PASUKAN KONTINJEN SUKMA NEGERI SEMBILAN

Sesi Taklimat Kod Sukan Selamat telah diadakan bersama Jurulatih dan Pepngurus Pasukan Kontinjen SUKMA Negeri Sembilan pada 22 Julai 2024 bertempat di Arena Premier Boutique Hotel, Seremban.

Seramai 50 orang jurulatih dan pengurus pasukan telah hadir pada sesi taklimat yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE), MSN. Turut hadir sama, YBhg. Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat MACE, MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia