Majlis Sukan Negara Malaysia
TUDUNG PEOPLE BERSAMA PEMENANG PINGAT EMAS SUKAN PARALIMPIK PARIS 2024

Tudung People Sdn Bhd, sebagai penaja Majlis Sukan Negara telah memberikan insentif ganjaran RM10,000 kepada pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024 sebagai tanda penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka di temasya terbesar dunia.

Turut hadir sama, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada atlet-atlet lain untuk terus berjuang dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi!

MESYUARAT ‘HIGH PERFORMANCE SPORT TEAM MEETING’ (HPTM) SUKAN MENEMBAK PROGRAM PODIUM & PELAPIS KEBANGSAAN

Mesyuarat High Performance Sport Team Meeting (HPTM) bagi sukan Menembak Program Podium & Pelapis Kebangsaan telah diadakan pada 23 Oktober 2024 di MSN, Bukit Jalil.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan prestasi atlet serta isu-isu berbangkit antara atlet dan jurulatih, dengan matlamat meningkatkan kualiti latihan dan pencapaian atlet.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Pegawai Pelindung Sukan Selamat, Pengurus Sukan, jurulatih, dan atlet yang terlibat dalam program tersebut.

KUNJUNGAN HORMAT UNITED WORLD WRESTLING

Majlis Sukan Negara (MSN) menerima kunjungan hormat daripada wakil United World Wrestling (UWW) pada 23 Oktober 2024 di MSN, Bukit Jalil.

Dalam pertemuan tersebut, Pengarah Bahagian Atlet, Encik Azrul Hisyam Abd Jalil, bersama Mr. Olzhas Baisembayer membincangkan perancangan serta matlamat jangka panjang bagi sukan gusti. Fokus utama perbincangan adalah usaha melahirkan jurulatih dan atlet berprestasi tinggi untuk memperkasa sukan gusti di Malaysia.

MSN METERAI MOU DENGAN TATI DAN MSNT

Majlis Sukan Negara telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan University College TATI dan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 24 Oktober 2024, bertempat di Dewan Besar PMINT, Kuala Terengganu.

MoU ini merupakan kesinambungan kepada program MACE dengan objektif “One State, One University, One Centre”, yang bertujuan memperkukuh kerjasama dalam pembangunan akademik dan kerjaya atlet.

MoU ini telah ditandatangani oleh YBrs. Encik. Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN, YBrs. Prof. Dr. Anuar Ahmad, Rektor University College TATI, dan YBrs. En. Ahmad Shahrizal Yahaya, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu.

PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN MSN-F&N-YAKEB SEMPENA SAMBUTAN HARI DEEPAVALI 2024

Program Penyerahan Sumbangan MSN-F&N-YAKEB sempena Deepavali 2024 telah diadakan pada 24 Oktober 2024 di lobi utama Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil. Program ini menyaksikan pemberian sumbangan kepada beberapa atlet Program MSN dan bekas atlet kebangsaan.

Sumbangan tersebut terdiri daripada wang tunai dan produk F&N, dan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Noorul Ariffin Abdul Majeed, Pengerusi YAKEB, En. Muhammad Fauzi Ahmad, Pengurus Pengurusan Acara & Penajaan F&N, serta Ketua Cawangan Komunikasi Korporat MSN, Encik Ahmad Khawari Mohd Isa.

SESI PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA PEMENANG PINGAT SUKAN OLIMPIK DAN PARALIMPIK PARIS 2024

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, berbesar hati meraikan 7 daripada 8 orang atlet negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi pingat di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 bertempat di Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir sama, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Datuk Stuart Ramalingan, Penyelaras Jawatankuasa Road To Gold, YBhg. Dato’ Mirnawan Nawawi, Ahli Jawatankuasa Road To Gold dan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

Majlis penutup Seminar Wanita Dalam Sukan Kebangsaan 2024 telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, bertempat di Dorsett Grand Subang, Selangor.

Seminar ini merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan peranan wanita dalam sukan di Malaysia, dengan menekankan kepentingan kesaksamaan gender, penyertaan yang lebih luas, dan memperkasakan atlet wanita serta penggiat sukan di negara ini. Selain itu, ia bertujuan memacu perubahan positif dalam landskap sukan negara, memastikan wanita diberikan platform yang lebih adil dan inklusif dalam semua aspek sukan.

Turut hadir sama, YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS dan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN ke seminar tersebut.

SEMINAR WANITA DALAM SUKAN KEBANGSAAN 2024

Seminar Wanita Dalam Sukan Kebangsaan 2024 telah dirasmikan oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini bertempat di Dorsett Grand Subang, Selangor. Seminar yang diadakan selama dua hari itu diadakan bertujuan untuk memperkasa peranan wanita dalam dunia sukan dan memupuk kesedaran tentang kepentingan penyertaan wanita di semua peringkat.

Turut hadir sama, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), bersama barisan peserta yang terdiri daripada KBS, Majlis Sukan Negeri, Persatuan Sukan Kebangsaan dan Universiti Awam.

KASAD 6TH ASIAN TAEKWONDO OPEN G2

Tangerang City, Indonesia

Event : U30 Mixed Pair

Stage : Final

Athlete : Jason Loo / Nur Humaira

Result : 7.849

Overall Rank :

Gold – MAS

Silver – INA

Bronze – SGP/INA

Event : U30 Female Team

Stage : Semi Final

Athlete :

Lim Jia Wei/Wong Zin/Seah Jing Ying

Result : 8.366 : 8.349

Overall Rank :

Gold – INA

Silver – INA

Bronze – MAS/INA

Event : Over 17 Freestyle Mixed Pair

Stage : Final

Athlete : Chin Ken Haw/Lim Jia Wei

Result : 7.120 (lost -0.040)

Overall Rank :

Gold SGP (7.160)

Silver MAS (7.120)

SPORTS ICON TOUR SEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON SABAH

KOTA KINABALU – Siri Sports Icon Tour sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Sabah telah berlangsung di pentas utama Kompleks Sukan Likas pada Jumaat.

Sesi perkongsian dan bertemu mesra bersama atlet Gimnastik Artistik Negara @sharulaimy mendapat sambutan hangat daripada pengunjung-pengunjung yang hadir.

Program Madani Rakyat yang berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Oktober 2024 bakal dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di pentas sama pada Sabtu.

Majlis Sukan Negara Malaysia