Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan pasangan dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida apabila tewas 11-21, 11-21 pada penentuan pingat gangsa.
Well done. You’ve come this far. Comeback stronger
Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan pasangan dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida apabila tewas 11-21, 11-21 pada penentuan pingat gangsa.
Well done. You’ve come this far. Comeback stronger
Raja pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi gagal meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya selepas menamatkan saringan kedua pusingan pertama di kedudukan terakhir dengan catatan masa 10.45 saat.
Comeback stronger Azeem
Muhammad Azeem Mohd Fahmi ke pusingan seterusnya selepas menamatkan saingan kelayakan 100 meter lelaki di kedudukan kedua dengan catatan masa 10.42 saat.
Ayuh semua doakan kejayaan Azeem!
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menewaskan Anders Antonsen dari Denmark dengan kemenangan straight set 21-17, 21-15.
Syabas dan tahniah
Pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M.Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan gandingan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan selepas tewas dalam perlawanan separuh akhir sebentar tadi.
Pearly-Thinaah walau bagaimanapun memberi tentangan sengit sebelum tewas 12-21, 21-18, 15-21.
Well done girls! Let’s fight for bronze
Goh Jin Wei, Atlet Perseorangan Badminton Wanita Profesional Malaysia telah tiba di KLIA jam 12.00 tengahari.
Goh Jin Wei yang membuat penampilan sulungnya di Paris telah menamatkan saingan di peringkat kumpulan apabila tumpas kepada lawannya, atlet nombor 17 dunia, Kim Ga Eun dari Korea Selatan.
Turut hadir sama, YBhg. Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat MACE, MSN.
Sesi Taklimat Kod Sukan Selamat bersama atlet dan jurulatih Kontinjen SUKMA Perlis telah diadakan pada 2 Ogos bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.
Seramai 200 orang atlet, jurulatih dan pegawai sukan yang akan beraksi di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 telah hadir ke sesi taklimat tersebut.
Hari pertama sukan pelayaran membuka tirai menyaksikan atlet negara, Khairulnizam Mohd Affendy meraih tempat ke 27 daripada 43 peserta dengan 47 mata penalti selepas dua pusingan dalam acara single-handed dinghy ILCA 7 lelaki.
Manakala acara single-handed dinghy ILCW 6 wanita, atlet negara, Nur Shazrin Mohamad Latif menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan ke-19 daripada 43 peserta dan perlumbaan kedua ditunda hari berikutnya.
Pemain golf profesional negara, Kevin Kyle Green memulakan kempen dengan mencatat tiga di atas par 74 untuk berkongsi kedudukan ke-53 bersama Kiradech Aphibarnrat dari Thailand dan Nico Echavarria dari Colombia.