Majlis Sukan Negara Malaysia
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Dhabitah ke separuh akhir!

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri mara ke peringkat separuh akhir selepas mengumpul 283.65 mata untuk menduduki tempat ke-12 keseluruhan pada pusingan kelayakan.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Well done Shah

Perjuangan Mohd Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut terhenti di repechage 1/32 dan gagal untuk ke pusingan seterusnya.

It’s ok Shah. Fokus untuk acara keirin 💪

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Good fight Izzah

Cabaran Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dalam acara keirin berakhir di repechage dan gagal untuk ke peringkat suku akhir.

Well done Izzah. Fokus seterusnya acara pecut Jumaat ini💪

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
WELCOME HOME HEROES!

Muhammad Azeem Mohd Fahmi (Olahraga) dan Nur Aisyah Mohamad Zubir (Berbasikal Lebuhraya) telah tiba di KLIA pada Rabu. Azeem yang membuat penampilan sulungnya di pentas olimpik telah menamatkan saingan di pusingan pertama acara 100 meter selepas mencatat 10.45 saat.

Manakala Nur Aisyah pula melepasi had masa yang ditetapkan sekali gus mengakhiri cabaran acara 158km berbasikal lebuh raya di Sukan Olimpik Paris 2024.

Turut hadir sama, YBhg. Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat MACE, MSN dan Encik Joherman Amir, Pemangku Pengarah Khidmat Pengurusan, MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Izzah menduduki tempat ke-4 pusingan pertama keirin.

Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menamatkan pusingan pertama acara keirin di kedudukan ke-4 sebentar tadi dan akan ke pusingqn repechage.

2 pelumba terbaik setiap saringan akan layak ke pusingan seterusnya manakala 4 lagi pelumba ke pusingan repechage.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Azizulhasni dan Shah Firdaus lepasi pusingan kelayakan acara pecut!

Dato’ Mohd Azizulhasni Awang dan Mohd Shah Firdaus Sahrom layak ke pusingan 1/32 acara pecut selepas masing-masing melepasi pusingan kelayakan sebentar tadi.

Azizul mencatat 9.402 saat, yang juga merupakan rekod baru kebangsaan untuk menduduki tempat ke 10, manakala Shah Firdaus catat 9.635 saat untuk kedudukan ke 22.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 bersama Institut Pendidikan Guru Malaysia telah diadakan pada 05 hingga 07 Ogos 2024 bertempat di Bilik Seminar Casa 4, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia seluruh Malaysia telah hadir ke sesi tersebut. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohd Azam Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
DYTM Raja Muda Kedah & DYTM Tuanku Raja Puan Muda Kedah Sambut Hero Malaysia

Terima kasih DYTM Raja Muda Kedah & DYTM Tuanku Raja Puan Muda Kedah atas sokongan kepada atlet-atlet negara

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
WELCOME HOME HEROES!

YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir menyambut kepulangan Delegasi Pasukan Badminton Kebangsaan dari Olimpik Paris yang telah tiba di KLIA pagi tadi.

Pasukan Badminton telah menamatkan edisi kali ini dengan membawa pulang 2 gangsa menerusi Lee Zii Jia (Perseorangan Lelaki) dan Aaron Chia/Soh Wooi Yik (Beregu Lelaki).

Turut hadir sama, YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS dan YBrs. Encik Abdullah Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KBS dan YBrs. Encik Mohd Taupik Haji Hussain, Penolong Setiausaha Agung, BAM.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT PENDAFTARAN DELEGASI SUKMA XXI SARAWAK 2024

Mesyuarat Pendaftaran Delegasi (DRM) SUKMA XXI Sarawak 2024 telah berlangsung di Bilik Asajaya, Hotel Grand Margherita.

Sesi pagi ini telah melibatkan tiga kontinjen iaitu tuan rumah Sarawak, Perak dan Terengganu. Manakala pada sebelah petang membabitkan kontinjen Wilayah Persekutuan, Pahang dan Sabah.

Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan mengesahkan pendaftaran atlet dan pegawai pasukan bagi 15 kontinjen yang bertanding.

Turut hadir sama YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN.

📸: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Majlis Sukan Negara Malaysia