SUKMA Sarawak : Melawat atlet-atlet memanah yang bertanding dalam acara 70-meter recurve di Lapang Sasar Memanah, Petra Jaya.
KEM AKHIR ATLET PARA KE TEMASYA PARALIMPIK PARIS 2024
KAMPUNG PANDAN – Kem Akhir Atlet Para ke Temasya Paralimpik Paris 2024 diadakan bermula 21 & 22 Ogos di Pusat Kecemerlangam Paralimpik di Kampung Pandan.
30 orang atlet yang layak ke temasya Paralimpik Paris 2024 berkumpul bersama barisan jurulatih bagi persediaan akhir demi menghadapi temasya terbesar dunia itu.
Sesi sebelah pagi dimulakan dengam pendaftaran diikuti Majlis Perasmian Kem oleh Encik Mohd Sofian Hamzah, Pengarah Bahagian Para MSN manakala pada sebelah petang pula diadakan Majlis Amanat Ketua Kontinjen Para ke Paris bersama YBhg. Laksamana Pertama (B) Dato’ Subramaniam Raman Nair.
Sesi penyerahan penajaan daripada Zero Healthcare, Skechers dan Voltra kepada kontinjen turut diadakan bagi menyemarakkan semangat atlet yang berjuang di Paris nanti.
Turut hadir semasa sesi penyerahan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, YH Dato’ Seri Megat D Shahriman Dato’ Zaharuddin.
Sukma 2024 : Ragbi
Sekitar aksi perlawanan peringkat kumpulan Ragbi wanita di Stadium Miri pada Selasa.
Sukma 2024 : Silat
Sekitar aksi pesilat-pesilat wanita di Stadium Bandaraya, Miri pada Selasa.
Sukma 2024 : Skuasy
SUKMA Sarawak : Sempat menyaksikan perlawanan suku akhir squasy beregu campuran antara pasukan Sarawak dan beramah mesra bersama atlet-atlet negeri di Pusat Skuasy Sarawak, Petra Jaya. Skuasy merupakan sukan yang penting bagi Malaysia, terutama setelah ia dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Saya melihat ramai pemain muda yang mempunyai potensi dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang banyak melabur dalam pembangunan bakat mereka.
Sukma 2024 : Olahraga
Beberapa aksi menarik atlet-atlet olahraga di Stadium Sarawak, Petra Jaya hari ini.
SIRI LAWATAN KETUA KONTINJEN NEGARA KE PARALIMPIK PARIS 2024 – SUKAN PARA RENANG
KAMPUNG PANDAN – Ketua Kontinjen Negara ke Temasya Paralimpik Paris 2024 YBhg. Laksamana Pertama (B) Dato’ Subramaniam Raman Nair meneruskan siri lawatan untuk sukan Para Renang di Pusat Akuatik Kampung Pandan pagi tadi.
Pada lawatan tersebut beliau sempat bertemu dengan atlet para renang Muhammad Imaan Aiman yang bakal membawa cabaran negara dalam acara 100M Kuak Lentang (S14).
Seorang lagi perenang negara ialah Muhammad Nur Syaiful Zulkafli yg bakal bertanding dalam acara 4 jenis acara 50m, 100m dan 200m Gaya Bebas serta 100m Kuak Dada (S5/SB4).
Sukan Para Renang bakal berlangsung di Paris La Defense Arena bermula 29 Ogos hingga 7 September 2024.
MESYUARAT BESAMA KETUA KONTINJEN (CDM) SUKMA XXI SARAWAK SESI 4
Mesyuarat bersama Ketua Kontinjen Negeri SUKMA XXI Sarawak sesi 4 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUKMA XXI Sarawak 2024 bertempat di Hotel Waterfront pada Selasa.
Turut hadir, Datu Felicia Tan, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita Sarawak.
Sukma2024 : Kriket
Sekitar aksi perlawan akhir softball lelaki dan wanita pada 19 Ogos bertempat di Padang Bola Sepak IKBN dan SMK Merbau, Miri.