Majlis Sukan Negara Malaysia
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 – MAJLIS PENUTUPAN TEMASYA PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024

KUCHING – Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 secara rasminya menutup tirai malam tadi di Stadium Perpaduan, Petrajaya.

Upacara penutup yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh turut diserikan dengan persembahan unik daripada tuan rumah.

Untuk temasya kali ini, Jawatankuasa Pemilihan telah sebulat suara memilih atlet para renang dari Sabah, Shahafiq Abdullah untuk gelaran Atlet Lelaki Terbaik Para SUKMA Sarawak 2024.

Atlet berusia 20 tahun yang meraih 4 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa itu berjaya memecahkan 4 rekod kebangsaan menerusi acara kategori S6 (kecacatan fizikal) 100M gaya bebas, 100M gaya kuak lentang, 50M gaya kuak kupu-kupu dan 50M gaya bebas.

Manakala gelaran Atlet Wanita Terbaik dianugerahkan kepada atlet para memanah Pahang, Loh Chi Hui. Chi Hui yang berusia 34 tahun berjaya meraih 4 pingat emas menerusi acara WS/ST (Berkerusi roda) Individu Recurve Kelayakan, Pusingan Olimpik, Recurve Berpasukan Terbuka dan Recurve Berpasukan WS/ST dengan 1 rekod kebangsaan dan 2 rekod temasya.

Stadium Perpaduan semakin gamat apabila Kontinjen Sarawak diumum sebagai Juara Keseluruhan Para SUKMA Edisi 2024.

Sarawak yang mengungguli carta pungutan pingat sejak hari pertama temasya berlangsung telah meraih 82 emas, 53 perak dan 74 gangsa dan merampas kembali takhta juara yang diambil Sabah pada 2022 untuk mencatat kemenangan buat kali ke-14.

Pada temasya kali ini, kontinjen Negeri Di Bawah Bayu Sabah terpaksa akur di kedudukan naib juara dengan 62 emas, 42 perak dan 32 gangsa.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 – SUKAN BOCCIA

Sekitar aksi atlet Sukan Boccia yang diadakan di Dewan Persatuan Bola Keranjang Sarawak sempena Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 hari ini.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 – SUKAN PARA MEMANAH

Sekitar aksi atlet Para Memanah Acara Compound yang diadakan di Lapang Sasar Memanah Petrajaya sempena Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 hari ini.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 – MESYUARAT KETUA KONTINJEN (CDM) BIL 3/2024

Mesyuarat bersama Ketua Kontinjen Negeri Para SUKMA XXI Sarawak telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUKMA Sarawak bertempat di Hotel Sheraton pada Khamis.

Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang berlangsung dari 22 hingga 28 September 2024 melibatkan 10 jenis sukan dan 328 acara di venue-venue sekitar Kuching.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Angkatan emas lebur rekod kebangsaan

ATLET angkat berat Kelantan, Ahmad Shahmim Mohd. Kadri mencipta sensasi di Sukan Para Malaysia (Para Sukma) Sarawak 2024 dengan memecahkan rekod kebangsaan sebanyak dua kali untuk membawa pulang dua pingat emas dalam kategori 54 kilogram (kg) kelmarin.

Atlet berusia 22 tahun dari Pasir Puteh itu dengan mudah mengangkat 122 kilogram (kg), diikuti 125kg pada percubaan kedua yang menyamai rekod kebangsaan sebelum memperbaharui catatan dengan angkatan 128 kg sekali gus mengatasi rekod peribadi miliknya di Sirkit Kebangsaan pada Februari lepas.

Shahmim melengkapkan persembahan dengan angkatan luar biasa 132kg pada percubaan tambahan sekali gus melebur rekod Para Sukma milik Endi Bak (108kg) dari Sarawak pada edisi 2018 di Perak.

Dominasi itu diteruskan apabila dia meraih emas kedua bagi jumlah angkatan dengan melakukan keseluruhan 375kg manakala Muhammad Shazmin (266kg) dan Juwaidie Othman (195kg) masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.

“Hari ini adalah satu pencapaian besar buat saya. InsyaAllah, saya akan berusaha lebih baik lagi di pertandingan seterusnya terutama di Sukan SEA Bangkok hujung tahun depan,” ujar Shahmim.

Dengan tiga penyertaan Para Sukma sejak 2018, Shahmim kini berada di landasan terbaik untuk melangkah lebih jauh selepas turut terlibat di bawah program latihan intensif di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman yang juga bekas atlet powerlifting negara.

“Prestasi saya semakin meningkat hasil daripada latihan intensif yang saya jalani. Saya berharap dapat terus maju dan mencipta lebih banyak kejayaan di masa hadapan,” tambahnya.

Bukan sahaja Shahmim, Kelantan turut mendominasi kategori lelaki bawah 107kg menerusi Wan Nur Azri Wan Azman yang meraih emas bagi angkatan terbaik dengan memecahkan rekod temasya menerusi bebanan 191kg.

Angkatan tersebut hanya 1kg mengatasi rekod atlet Pahang, Mohd. Shahmil Mohd. Saad (190kg) pada edisi 2014, selain menuai emas bagi jumlah angkatan dengan catatan 558kg.-Sinar Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 – SUKAN PARA PING-PONG

Aksi perlawanan akhir Para Ping-Pong acara Perseorangan Berdiri Wanita Kelas 9-10 antara Gloria Gracia Wong Sze dari Sarawak menentang Nurul Nasuha Mohd Anuar dari Terenganu.

Gloria mudah menumbangkan lawan untuk meraih pingat emas dengan kiraan 11-3,11-4 & 11-1.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 – HARI KETIGA PARA OLAHRAGA

Sekitar aksi hari ketiga Sukan Para Olahraga di Stadium Sarawak pagi tadi

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 – HARI PERTAMA PARA TENPIN BOLING

Sekitar aksi hari pertama Sukan Para Tenpin Boling yang diadakan di Megalanes E-Mart Batu Kawa, Kuching.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 – AKSI HARI PERTAMA PARA POWERLIFTING

Sekitar aksi atlet Para Powerlifting yang diadakan di Dewan Serbaguna JBSN Kuching sempena Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT BERSAMA KETUA KONTINJEN (CDM) BILANGAN 2/2024 PARA SUKMA XXI SARAWAK

Mesyuarat bersama Ketua Kontinjen Negeri Para SUKMA XXI Sarawak telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUKMA Sarawak bertempat di Hotel Sheraton pada Isnin.

Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang berlangsung dari 22 hingga 28 September 2024 melibatkan 10 jenis sukan dan 328 acara di venue-venue sekitar Kuching.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs En. Abdul Rashid Yaakub.

Majlis Sukan Negara Malaysia