Majlis Sukan Negara Malaysia
Speedy Tigers tumbangkan Black Sticks

IPOH: Skuad hoki negara menghidupkan peluang untuk mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) selepas mempamer aksi bertenaga apabila menewaskan New Zealand 6-4, hari ini.

Keputusan itu pastinya mengecewakan Black Sticks yang sebelum ini tewas 1-4 di tangan Jepun menjelang persiapan mereka ke Sukan Olimpik Paris.

Meskipun melakar kemenangan, ketua jurulatih Speedy Tigers, Sarjit Singh nyata masih tidak berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya terutama ketika detik genting di hujung perlawanan.

“Kita sebenarnya bertuah kerana lawan kerap melakukan kesilapan sehingga menyebabkan pemain negara dapat menjaringkan empat gol di suku pertama.

“Bagaimanapun segala-galanya mula berubah selepas New Zealand memperoleh gol pertama dan pemain negara dilihat memerlukan masa untuk bertenang semula.

“Pada hujung perlawanan, ketika kedudukan 6-2, kita membenarkan lagi lawan untuk menjaringkan dua gol yang mana bagi saya ia tidak boleh diterima dan kami perlu melihat semula kepada situasi itu,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Skuad hoki negara bermula baik apabila mendahului 3-0 dalam tempoh enam minit pertama selepas penyerang sensasi negara, Faizal Saari menjaringkan gol padang seawal minit kedua sebelum dua lagi penyerang negara, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal serta Azimuddin Syakir Kamaruddin masing-masing menambah gol minit kelima dan keenam.

Malaysia mendahului New Zealand 4-0 sebelum berakhir suku pertama selepas Azrai sekali lagi menemui ruang untuk menambah gol keempat pada minit ke-14.

Tersentak dengan situasi semasa itu, New Zealand memperkemaskan rentak permainan serta menggandakan asakan dan hasilnya mereka memperoleh gol pertama menerusi jaringan padang Jake Smith minit ke-19 dan Jonty Elmes menambah gol kedua selepas menyempurnakan penalti stroke pada minit ke-28.

Tidak lama kemudian, kem negara cemas lagi sebelum berakhir babak pertama selepas New Zealand dihadiahkan penalti stroke namun kali ini penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman menafikan tolakan Elmes.

Ketika New Zealand terus mengasak, skuad negara meraih gol kelima pada minit ke-52 selepas penyerang negara, Muhajir Abdu Rauf menampan hantaran cantik Azrai.

New Zealand bagaimanapun mencetuskan resah apabila Scott Cosslett menambah gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-58.

Namun Azrai melegakan kem negara apabila meraih gol keenam yang juga hatrik untuknya pada minit ke-60 sebelum Isaac Houlbrooke menyempurnakan pukulan sudut penalti, juga pada minit terakhir perlawanan.-Berita Harian

PERKHIDMATAN PENGURUSAN CAVALCADE DAN ACARA SAMPINGAN BAGI PENGANJURAN LTDL 2024-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221305 – PENYEDIAAN PENTAS/PAMERAN PERTUNJUKKAN, TAMAN  HIBURAN DAN KARNIVAL/PESTARIA

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/006/2024 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN PENGURUSAN CAVALCADE DAN ACARA SAMPINGAN BAGI PENGANJURAN LTDL 2024
TARIKH BUKA : 2 MEI 2024 (RABU)
TARIKH TUTUP : 8 MEI 2024 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Mohd Fairul Fadzli Ahmad Muzni (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929012

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia