Majlis Sukan Negara Malaysia
Makan Ikan, lobak resipi Saiful Islam raih emas

KUCHING: Makan ikan dan lobak hampir setiap hari menjadi resipi rahsia buat pemanah Terengganu Muhammad Saiful Islam Mohd Rizuwan untuk memenangi emas bagi kategori recurve 70 meter (m) lelaki di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024, semalam.

Walaupun ada yang menganggap itu mungkin hanyalah kebetulan namun bagi Muhammad Saiful Islam, amalan terbabit tidak pernah tinggal sejak berkecimpung dalam sukan memanah pada usia lapan tahun.

Anak sulung daripada enam beradik itu percaya dengan makan ikan dan lobak akan membantunya lebih fokus dan mempertajamkan penglihatan ketika beraksi dalam sukan memanah.

“Saya tiap hari makan ikan kalau tak ada lauk itu rasa lain. Lobak pula paling kurang tiga kali seminggu wajib makan.

Disyorkan Untuk Anda

“Jika diikutkan saya mula terbabit dalam sukan memanah ketika darjah dua apabila diperkenalkan oleh sepupu.

Pemanah Terengganu Muhammad Saiful Islam Mohd Rizuwan (tengah) memperagakan pingat emas yang dimenangi selepas menjuarai acara recurve 70m  lelaki di sini hari ini.
Pemanah Terengganu Muhammad Saiful Islam Mohd Rizuwan (tengah) memperagakan pingat emas yang dimenangi selepas menjuarai acara recurve 70m lelaki di sini hari ini.

“Sukan memanah sangat menyeronokkan namun perlu fokus dan konsisten untuk mendapatkan keputusan terbaik,” kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Terdahulu, Muhammad Saiful Islam beraksi cemerlang untuk memastikan emas miliknya kategori recurve 70 meter lelaki miliknya sekali gus berjaya ketepikan pesaing terdekat dari Pahang Muhammad Haiqal Danish Syamsul Affandi walaupun masing-masing berkongsi 656 mata.

Wakil tuan rumah Liew Yu Jie terpaksa berpuas hati membawa pulang gangsa walaupun satu ketika dia mendahului saingan pada set pertama.

Sementara itu, Muhammad Saiful Islam yang bercita-cita menjadi seorang guru akan meminta restu dan doa ibu bapa sebelum ‘berentap’ dalam sukan memanah.

“Saya wajib telefon ibu dan ayah sebelum turun beraksi dalam setiap kejohanan. Saya perlukan doa dan restu mereka untuk memperoleh keputusan positif,” katanya.-Berita Harian

Jing Hong raih emas 20km jalan kaki, pecah rekod SUKMA

KUCHING: Atlet Wilayah Persekutuan, Khor Jing Hong muncul atlet pertama memenangi pingat emas sukan olahraga di SUKMA Sarawak 2024 selepas mengungguli saingan 20,000 meter lumba jalan kaki lelaki di Stadium Sarawak di sini, sebentar tadi.

Lebih membanggakan, atlet berusia 19 tahun itu yang membuat penampilan pertama di SUKMA turut memecahkan rekod temasya dengan catatan 1 jam 34 minit 38.20 saat (s).

Catatan itu menyaksikan dia meleburkan rekod berusia 20 tahun milik M Thiyagu 1:34.56.10s yang dilakukan ketika SUKMA 2004 di Negeri Sembilan.

Pingat perak acara itu dimenangi atlet Pulau Pinang, Sriven Tan yang nencatat 1:38.25.43s manakala gangsa menjadi milik wakil Selangor, C Teban Raj dengan catatan 1:48.07.56s.-Berita Harian

LAWATAN YB MENTERI BELIA DAN SUKAN KE PERKAMPUNGAN SUKAN SUKMA XXI SARAWAK 2024

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah hadir ke Perkampungan Sukan SUKMA XXI Sarawak 2024 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada Ahad.

Seramai 300 petugas telah ditempatkan di perkampungan sukan UNIMAS bagi tujuan membantu kelancaran penganjuran temasya sukan terbesar dalam negara itu.

Turut hadir sama, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

MAJLIS PENUTUPAN SUKMA XXI SARAWAK 2024

Majlis Penutupan SUKMA XXI Sarawak 2024 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 24 Ogos 2024 bertempat di Stadium Perpaduan, Petrajaya.

Tuan rumah Sarawak berjaya mencapai sasaran dengan memenangi 76 pingat emas, 55 pingat perak dan 70 pingat gangsa sekaligus dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada edisi kali ini.

Turut hadir sama, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

MAJLIS PERASMIAN SUKMA XXI SARAWAK

Majlis Perasmian SUKMA 2024 telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Stadium Sarawak, Kuching pada 17 Ogos 2024.

Upacara gilang-gemilang itu dianggarkan lebih 40,000 pengunjung yang hadir menyaksikan stadium bermandikan kilauan cahaya dan sorakan orang ramai ketika menyambut perarakan masuk setiap kontinjen yang bermula dengan Johor selaku pemenang SUKMA 2022 dan diakhiri dengan kontinjen Sarawak.

Turut hadir sama, YBhg. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan.

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE PUSAT MEDIA UTAMA SUKMA XXI SARAWAK 2024 DAN PUSAT OPERASI BERNAMA

YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam telah hadir ke Pusat Media dan Pusat Operasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong pada Sabtu.

SPORTS ICON TOUR SEMPENA PROGRAM MADANI BERSAMA RAKYAT ZON SELATAN 2024

SKUDAI – Kementerian Belia Dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara hari ini mengadakan Sports Icon Tour sempena Program Madani Bersama Rakyat Zon Selatan 2024 di Dataran UTM Skudai, Johor.

Untuk program kali ini, MSN membawa Bekas Ratu Gimnastik Artistik Negara, Farah Ann Abdul Hadi untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang bergelar atlet dan bertemu mesra bersama pengunjung direruai KBS.

SUKMA XXI SARAWAK 2024

Sekitar aksi perlawanan peringkat kumpulan Hoki lelaki Pulau Pinang menentang Johor.

Pulau Pinang (1) vs (1) Johor

ONE NATION, ONE TEAM – SPORTS UNITING THE NATION

YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN telah merasmikan Kempen One Nation, One Team – Sports Uniting The Nation dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan bersama Fahrenheit88 pada Jumaat.

Kempen yang telah bermula 12 Ogos hingga 22 September 2024 itu diadakan bersempena Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Paris 2024 yang jatuh pada bulan Kemerdekaan dan sekaligus mempromosikan Hari Kemerdekaan yang ke-67 pada 31 Ogos dan juga Hari Malaysia pada 16 September 2024.

MESYUARAT BESAMA KETUA KONTINJEN (CDM) SUKMA XXI SARAWAK SESI 2

Mesyuarat bersama Ketua Kontinjen Negeri SUKMA XXI Sarawak sesi 2 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUKMA XXI Sarawak 2024 bertempat di Hotel Waterfront pada Jumaat.

Turut hadir sama, YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia