Majlis Sukan Negara Malaysia
Olimpik Paris: Terima kasih Dhabitah!

IMPIAN penerjun harapan negara, Nur Dhabitah Sabri menaiki podium pertamanya di pentas Sukan Olimpik tidak kesampaian pada edisi Paris kali ini apabila menamatkan final tiga meter (m) papan anjal individu di kedudukan ke-12 di Pusat Akuatik Paris kelmarin.

Atlet berusia 25 tahun itu berada pada landasan tepat untuk merealisasikan impian berkenaan apabila berada di tempat ketiga selepas dua pusingan sebelum segala-galanya musnah disebabkan kesilapan yang dilakukannya dalam baki tiga terjunan seterusnya.

Namun, pemenang pingat perak 10m platform seirama Kejohanan Dunia 2022 itu boleh berbangga dengan pencapaiannya di Paris selepas pernah terlintas mahu berputus asa kerana gagal layak secara merit sebelum diberi tiket wildcard pada saat-saat akhir dan terpaksa bertarung dengan waktu latihan yang singkat.

Dhabitah menyedari ia bukanlah aksi terbaiknya di pentas final kelmarin berbanding prestasi ditunjukkan ketika meraih tempat keempat 3m papan anjal individu edisi Tokyo 2020 atau pun kedudukan kelima bersama Cheong Jun Hoong untuk 3m papan anjal seirama di Rio 2016.

Kenyataannya mahu berehat selepas ini seakan memberi bayangan persaraan dan jika benar, terima kasih Dhabitah kerana tidak menyerah kalah dan memberikan aksi terbaik menggalas harapan kontinjen Malaysia sebagai penerjun tunggal wanita di pentas Olimpik buat kali pertama sejak Datuk Leong Mun Yee pada edisi 2004 di Athens, Greece.-Kosmo

KENYATAAN TERHADAP INSIDEN PENYERTAAN DATO’ MOHD AZIZULHASNI AWANG OLY DIBATALKAN DALAM SARINGAN 1, PUSINGAN PERTAMA, ACARA KEIRIN LELAKI DI PARIS 2024

Sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik XXXIII Paris 2024, saya memaklumkan bahawa pihak kami telah mengemukakan rayuan terhadap insiden membabitkan pembatalan penyertaan Dato’ Mohd Azizulhasni Awang OLY pada perlumbaan Keirin Lelaki sebentar tadi.

Bagaimanapun, Ketua Komisar dan wakil badan induk dunia UCI mengekalkan keputusan membatalkan penyertaan Dato’ Mohd Azizulhasni akibat memintas derny atau motorsikal yang menentukan rentak di hadapan kelompok pelumba sebelum motorsikal keluar daripada gelanggang perlumbaan.

Kontinjen Malaysia dengan berat hati menerima keputusan ini dan akan memberi sokongan moral tidak berbelah bagi kepada beliau. Pada masa yang sama pihak Institut Sukan Negara (ISN), juga akan menyediakan perkhimatan sokongan kepada Dato’ Mohd Azizulhasni dalam berdepan dengan situasi yang sukar ini.

DATUK HAMIDIN MOHD AMIN

Ketua Kontinjen Malaysia ke Paris 2024

Well done Shah

Mohd Shah Firdaus Sahrom mara ke peringkat suku akhir acara keirin selepas menduduki tempat pertama pusingan repechage sebentar tadi.

Keep it up Shah💪 Ayuh semua berikan sokongan kepada Shah🚴‍♂️

Fight Shah!

Mohd Shah Firdaus Sahrom akan beraksi di pusingan repechage sebentar lagi selepas menamatkan saringan kelima acara keirin di kedudukan ketiga.

You can do it Shah💪

Sedih

Jaguh berbasikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaannya dalam acara keirin selepas melakukan kesilapan dibelakang ‘derny’ sebelum loceng permulaan dibunyikan.

WELCOME HOME HEROES!

Mohamad Aniq Kasdan, Atlet Angkat Berat telah tiba di tanah air pada Sabtu. Badang negara itu menamatkan saingan kategori 61kg lelaki di kedudukan ke-4 dengan rekod kebangsaan baharu 297kg dicipta pada penampilan pertamanya di pentas olimpik. Turut hadir sama, Encik Joherman Amir, Pemangku Pengarah Khidmat Pengurusan, MSN.

MAJLIS PERASMIAN PUSAT MEDIA DAN PUSAT PENYIARAN SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XXI SARAWAK

Pusat Media dan Pusat Penyiaran SUKMA XXI Sarawak 2024 telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Hj Abd Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Pengerusi Bersama SUKMA Sarawak bertempat di Pusat Akuatik Pandalela Rinong dan Stadium Sarawak.

Pusat penyiaran ini menempatkan TV Sarawak (TVS) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan RTM juga merupakan penyiar rasmi bagi SUKMA XXI Sarawak 2024.

📸: Unit Komunikasi Awam Sarawak & SUKMA Sarawak 2024

MESYUARAT PENDAFTARAN DELEGASI (DRM) NEGARA BRUNEI

Mesyuarat Pendaftaran Delegasi (DRM) pada pagi ini secara rasmi mengesahkan penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam SUKMA XXI Sarawak 2024.

Delegasi Brunei bagi proses DRM telah diketuai oleh Pn NoorFairuzah Hani Haji Mohamad (Ketua Sekretariat Brunei) dan Noorizzati Hj Awang Musa.

Tujuan DRM ini disediakan khusus untuk Kontinjen mengesahkan elemen pendaftaran kritikal sebelum temasya berlangsung.

Olimpik Paris: Azeem jawab persoalan gagal ulangi 10.09s

PELARI pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi tampil membuat penjelasan berhubung persoalan mengenai mengapa dia masih belum dapat menyamai rekod 100 meter (m) kebangsaan 10.09 saat (s) miliknya meskipun sudah berkelana ke Amerika Syarikat (AS).

Atlet berusia 20 tahun itu berkata, keputusannya berhijrah ke Amerika bukanlah disebabkan menjalani latihan sepenuh masa memandangkan dia turut menyambung pengajian di Universiti Auburn, Alabama.

Azeem turut menjelaskan, 2024 merupakan tahun keduanya di AS dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan rejim latihan serta suasana pasukan selain pengajiannya yang sudah memasuki semester keempat.

“Pertama sekali, saya mahu membuat penjelasan ringkas. Mungkin ramai yang menganggap saya dihantar ke AS untuk berlatih sepenuh masa, tetapi itu adalah jauh sama sekali kerana saya berkelana untuk menyambung pelajaran dan latihan.

“Secara dasarnya, saya adalah seorang atlet pelajar yang perlu berikan komitmen kepada universiti 100 peratus. Tahun ini adalah tahun peralihan untuk saya sesuaikan diri dengan latihan kerana pasukan kali ini lebih baik berbanding tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Azeem enggan menjadikan perkara itu sebagai alasan kerana dia percaya setiap orang mampu melakar kejayaan sekiranya bijak membahagikan masa untuk menjalani latihan dan menelaah pelajaran.

“Pengajian saya juga sudah memasuki semester keempat, jadi ia semakin berat untuk saya tetapi itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan kerana ia perlu dihadapi apabila bergelar sebagai seorang pelajar.

“Apa yang paling penting adalah saya mahu letakkan nama Malaysia di persada dunia. Selain itu, saya merupakan satu-satunya pelari Malaysia yang bersaing dalam Divisyen 1 NCAA (Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan),” ujarnya.-Kosmo

Good fight Dhabitah

Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri terpaksa berpuas hati di kedudukan ke-12 pada saingan akhir acara 3 meter papan anjal wanita dengan mengumpul 244.80 mata selepas 5 terjunan.

We proud of you. Comeback stronger Dhabitah💪

Majlis Sukan Negara Malaysia