Padu Noor Askuzaimey!!! Atlet Boccia negara Noor Azkuzaimey Mat Salim memenangi pusingan suku akhir dengan menewaskan wakil Greece, Chrysi Morfi Metzou 7-0 di South Paris Arena jam 8:45 malam waktu paris.
Noor Askuzaimey bakal menentang atlet dari Hong Kong, Cheung Yuen di peringkat separuh akhir pada Ahad ini.
Superb performance Fareez!!! Aksi cemerlang Muhammad Fareez Anuar menewaskan atlet dari Jepun Imai Taiyo dalam acara perseorangan lelaki SU5 dengan mata kemenangan 17-21, 21-17, 21-17 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan seterusnya menempah slot ke separuh akhir.
PARIS – Kunjungan hormat YBrs. Dr Muhammed Abdul Khalid, Pengarah Allianz Malaysia Berhad dan Pengerusi Allianz General Insurance Company (M) Berhad ke Sekretariat Malaysia House (MH) di Clichy.
Untuk makluman, Allianz Malaysia merupakan penaja utama Program Para sejak 2022 sehingga kini bagi menyokong Program Pembangunan Para sehingga ke Program Podium Para.
Ketibaan beliau disambut Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan MSN, Encik Arrifin Mohd Ghani.
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou beraksi ketika menentang pemain Perancis Meril Loquette dalam acara perseorangan lelaki SU5 Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini semalam.
Liek Hou berjaya menewaskan Meril 21-10, 21-16 dan akan menentang pemain Indonesia Suryo Nughoro hari ini bagi melengkapkan perlawanan kumpulan dan mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir.
Perenang para negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli bersaing di peringkat akhir acara 100m Gaya Bebas Lelaki S5 di Paris La Defense Arena pada jam 5:30 petang waktu Paris. Syaiful menamatkan saingan di tempat ke-6 dengan catatan 1:16.60s. Good job Syaiful
Aksi atlet para negara disebelah pagi untuk saingan kumpulan sukan Para Badminton kategori Perseorangan lelaki SL4 antara wakil negara Mhd Amin Burhanuddin menentang Siripong Teamarrom dari Thailand. Amin menewaskan Siripong dengan mata 21-14, 22-20.
Manakala pasangan beregu negara Noor Azwan Noorlan dan Muhammad Ikhwan Ramli yang bertanding dalam kategori WH1-WH2 tewas ditangan pasangan dari China dengan 16-21, 6-21.
Comeback Stronger Janna!!! Atlet Para Memanah negara Nur Jannaton Abdul Jalil menentang pemanah India Sarita ketika beraksi dalam acara pusingan penyingkiran 1/16 compound individu wanita terbuka pada Sukan Paralimpik Paris 2024 di Invalides, hari ini.
Nur Jannaton tewas kepada Sarita, pemanah berusia 37 tahun itu dengan kiraan mata 138-124 dan gagal ke peringkat seterusnya
Ketua Setiausaha KBS YBhg. Dr Nagulendran Kangayatkarasu sempat bertemu dengan atlet Tenis Berkerusi roda, Abu Samah Borhan dan Mohamad Yusshazwan Yusoff yang memulakan cabaran hari ini di Stade Roland Gaross, Paris.
#Paris2024 Jaguh berbasikal para negara, Mohd Yusof Hafizi Shaharuddin menamatkan saingan kelayakan acara 3000 meter kejar mengejar individu lelaki C1 di kedudukan kelima keseluruhan selepas mencatat masa 3 minit 55.254 saat.
Walaupun gagal beraksi di pusingan penentuan pingat, Yusof berjaya memperbaharui catatan masa peribadi terbaik, mengatasi masa terdahulu, 4 minit 01.314 saat yang dilakukan pada Kejohanan Trek Berbasikal Para Dunia 2024 di Rio de Janeiro, Brazil.