Bengkel Penggunaan Media Sosial untuk Atlet Program MSN Siri 1 telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN yang diadakan pada 15 Oktober 2024 bertempat di Hotel Mercure Living, Putrajaya.
Siri bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada atlet tentang kebaikan dan keburukan media sosial. Seramai 20 orang atlet telah hadir ke bengkel tersebut.
Topik Pembelajaran :
1. Peranan media sosial dalam sukan.
2. Teknik untuk menilai kekuatan kandungan di media sosial.
PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2024 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3.
Seramai lebih kurang 15,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya hari ini bagi menyertai acara Fit Malaysia merangkumi Larian MADANI, Berjalan untuk Negara dan banyak lagi.
Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu serta penampilan khas atlet-atlet negara.
Dalam pada itu, Majlis Sukan Negara turut mengadakan sesi bertemu mesra bersama atlet negara di reruai disamping menyediakan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah dan kuiz berkaitan sukan.
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
030501 – PERALATAN SUKAN
030101 – PAKAIAN SUKAN DAN AKSESORI
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/045 /2024 (S) TAJUK SEBUTHARGA : PEMBELIAN PAKAIAN DAN PERALATAN LATIHAN DAN PERTANDINGAN UNTUK SUKAN KARATE KUMITE DAN KATA BAGI TAHUN 2024 TARIKH BUKA : 10 OKTOBER 2024 (KHAMIS) TARIKH TUTUP : 16 OKTOBER 2024 (RABU) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066 En. Nor Ikhwan Ismail (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929004
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Pahang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
020401 – PERALATAN DAN PERKAKASAN DOMESTIK 020501 – BAHAN PEMBUNGKUSAN/BEKAS/KOTAK/PALET
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/044/2024 (SPK) TAJUK SEBUTHARGA : PEMBEKALAN PERALATAN PAKAI BUANG UNTUK KAFETARIA ATLET BOLASEPAK MOKHTAR DAHARI GAMBANG, PAHANG TARIKH BUKA : 10 OKTOBER 2024 (KHAMIS) TARIKH TUTUP : 16 OKTOBER 2024 (RABU) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066 Cik Azira zainuddin (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929713
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Pahang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
040103 – MAKANAN BERMASAK (ISLAM)
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/040/2024 (SP) TAJUK SEBUTHARGA : PEMBEKALAN SAJIAN PETUGAS DAN PASUKAN PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA UNTUK KARNIVAL KEBANGSAAN NFDP 2024 TARIKH BUKA : 10 OKTOBER 2024 (KHAMIS) TARIKH TUTUP : 16 OKTOBER 2024 (RABU) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066 En. Muhammad Yusuf Ibrahim (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929027
Sesi Pengujian bagi Program ‘Talent Transfer’ telah diadakan pada 9 Oktober 2024 bertempat di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor.
Seramai 27 atlet daripada 4 jenis sukan terlibat iaitu Gimnastik Artistik, Bola Jaring, Ragbi dan juga Olahraga.
Tujuan proses ini memungkinkan perpindahan atlet yang mungkin masih boleh lagi aktif ke sukan lain dengan mengikuti protokol ujian spesifik. Idea di sebalik proses perpindahan bakat ini adalah kemahiran atau ciri yang dibangunkan untuk seseorang atlet sebelum ini dikitar semula ke sukan baru supaya atlet boleh mempertingkatkan prestasi (fast track) ke peringkat tinggi secepat mungkin.
Sesi pengujian ini dibantu oleh jurulatih dan Pegawai daripada Institusi Sukan Negara (ISN). Turut dihadiri, Pengarah Bahagian Atlet, En. Azrul Hisyam Abdul Jalil.
PETRONASLTdL2024 telah berakhir hari ini selepas tamatnya peringkat ke-8 (Bintulu Loop) dengan jarak perlumbaan sejauh 147.5 km.
Edisi ke-28 ini turut dihadiri oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, serta YB Dato’ Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, Seni Persembahan, Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
Max Poole dari pasukan DSM-Firmenich PostNL dinobatkan sebagai juara keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, menjadikannya pelumba kedua dari Britain yang mencapai gelaran ini. Perlumbaan tahun ini meliputi jarak sejauh 1,190 km, bermula di Pulau Langkawi dan berakhir di Bintulu, Sarawak.
KUALA LUMPUR: Tonggak pertahanan, Matthew Davies antara calon yang bakal menggalas tugas sebagai kapten Harimau Malaya bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang New Zealand di Stadium North Harbour, 14 Oktober ini.
Ia susulan skuad kendalian Pau Marti berlepas ke Auckland, malam ini tanpa kapten, Dion Cools yang terpaksa menarik diri dari skuad kali ini kerana masalah keluarga.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente menegaskan bahawa beliau percaya pemain lain mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cools.
Beliau berkata, Cools adalah pemain penting buat pasukan dan berharap tonggak pertahanan Buriram United itu akan kembali menyertai Harimau Malaya pada kem yang seterusnya.
“Kami mempunyai ramai yang boleh jadi ketua. Matthew Davies antara salah satu kapten dan dia menjadi kapten dalam aksi sebelum ini.
“Kita juga ada Syamer Kutty Abba dan juga ramai pemain berpengalaman yang boleh memimpin pasukan. Seperti saya katakan, paling utama kerjasama,” katanya.
Vicente berkata demikian ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Auckland, hari ini.
Harimau Malaya hanya akan mengharungi satu aksi antarabangsa Tier 1 menentang pasukan ranking ke-95 dunia, New Zealand dalam kalendar perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dari 7 hingga 15 Oktober ini selepas gagal mendapatkan pasukan negara lain untuk aksi persahabatan.
Anak buat Vicente bagaimanapun akan menentang sebuah pasukan kelab utama untuk perlawanan antarabangsa Tier 2 pada 11 Oktober sebagai persiapan yang berkualiti sebelum berdepan New Zealand.-Berita Harian