TAWARAN MELANJUTKAN PENGAJIAN SARJANA DALAM BIDANG PENGURUSAN SUKAN DARI SEOUL NATIONAL UNIVERSITY (SNU)
Seoul National University (SNU) telah memperkenalkan Dream Together Master (DTM) di mana ianya merupakan program siswazah bertujuan untuk mendidik pemimpin masa depan dalam bidang pengurusan sukan. Program ini adalah sebahagian daripada projek kebangsaan yang disokong oleh Korean Ministry of Culture, Sports and Tourism dan Korea Sports Promotion Foundation.
Antara keistimewaan program DTM di Seoul, Korea Selatan adalah:
• Menawarkan pengajian sarjana dalam bidang pengurusan sukan
• Tempoh mengajian selama 17 bulan secara sepenuh masa di SNU
• Terbuka kepada bekas atlet di semua peringkat umur (tiada had umur untuk permohonan)
• mempunyai kelayakan pengajian ijazah sarjana atau setara
• Biasiswa penuh disediakan bagi calon yang terpilih, termasuk:
◦ Tiket penerbangan
◦ Yuran tuisyen
◦ Penginapan
◦ Kos sara hidup
• Program ini sepenuhnya dijalankan dalam bahasa Inggeris.
* Untuk keterangan lanjut sila layari :-
dtm.snu.ac.kr
BENGKEL HALA TUJU SKIM BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Bengkel Hala Tuju Skim Biasiswa Sukan Persekutuan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia, KBS pada 24 hingga 26 Februari 2025 bertempat di Hotel Mercure, Glenmarie, Kuala Lumpur. Bengkel ini turut dihadiri oleh Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara.
Antara penambahbaikan yang telah dibincangkan adalah:
• menambah baik surat ikatan amanah dan syarat penawaran BSP
• penyemakan semula kluster bidang kursus dan pengemaskinian kadar baharu skim BSP
• kategori atlet dan bekas atlet
• Skim BSP juga, termasuk:
◦ Tiket penerbangan
◦ Yuran pengajian
◦ Elaun Buku
◦ Kos sara hidup







MAJLIS PELANCARAN DAN PENGUMUMAN LALUAN PETRONAS LTDL2025
Majlis pelancaran dan pengumuman laluan PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025 telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bertempat di Menara KBS, Putrajaya.
Petronas LTdL tahun ini mengekalkan tema perlumbaan 2023/2024 iaitu ‘beat the heat’ dengan jumlah jarak keseluruhan 1,257.8 kilometer meliputi kesemua 12 negeri di Semenanjung.
Edisi ke-29 perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi 2025 yang akan berlangsung dari 28 September hingga 5 Oktober 2025 bermula di Pulau Langkawi dan berakhir di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur.
Turut hadir sama, YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.












MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PETRONAS LE TOUR DE LANGKAWI 2025
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Petronas Le Tour de Langkawi 2025 telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS bertempat di Menara KBS, Putrajaya.
Mesyuarat ini bertujuan bagi menyelaras gerak kerja persiapan bersama semua Agensi yang terlibat dalam memastikan kelancaran penganjuran Petronas LTdL 2025.
Pada tahun ini, KBS melalui MSN dengan kerjsama Persatuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) akan meneruskan penganjuran perlumbaan jelajah berbasikal LTdL bermula 28 September hingga 5 Oktober 2025.
Turut hadir sama, YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS dan YBrs. En. Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.















KEJOHANAN UCI 2025 ASIAN TRACK CYCLING CHAMPIONSHIP
FINAL 1 Km Time Trial
MB
EMAS – Khairul Hazwan & Khairul Adha (MAS) – 1:04.779
PERAK – Surachai & Jetsada (THA) – 1:06.255
GANGSA – Ahmad Ahlami & Luqman Daniel (MAS) – 1:07.186
WB
EMAS – Nur Suraiya & Farina Shawati (MAS) – 1:10.758
PERAK – Nur Azlia Syafinaz & Nur Fitrah (MAS) – 1:11.964
GANGSA – Zhuldyz & Polina (KAZ) – 1:13.921
MC1
EMAS – Muhamad Yusof Hafizi (MAS) – 1:16.297
PERAK – Mohamed Almarri (KSA) – 1:25.847
MC5
EMAS – Ahmad Zharif Ahmad Nazri (MAS) – 1:06.520
PERAK – Zuhairie Ahmad Tarmizi (MAS) – 1:06.626
GANGSA – Azimbek Abdullaev (UZB) – 1:08.868
MESYUARAT JAWATANKUASA TERTINGGI SUKAN MALAYSIA BILANGAN 12/2025
Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Bilangan 12 telah dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bertempat di Menara KBS, Putrajaya.
Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan laporan pengelolaan SUKMA XXI Sarawak, pindaan peraturan, serta persediaan SUKMA XXII Selangor 2026 & SUKMA XXIII Kelantan 2028.



















KEJOHANAN ASIAN TRACK CYCLING CHAMPIONSHIP 2025
Women Elite 1 Kilo
Keputusan Akhir
1. – MOHD ASRI, Nurul Izzah Izzati – MAS – 1:06.229
2. – LUO, Shuyan – CHN – 1:07.365
3. – HWANG, Hyeonseo – KOR – 1:07.690
Women Junior Elimination Race
Keputusan Akhir
1. – HUANG, Wen Xin – TPE
2. – NISHIHARA, Yuka – JPN
3. – ABDUL RAZAK, Intan Nur Irdrisha – MAS





CADANGAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH SERTA BERKAITAN DI KAFETARIA ATLET TIME OUT MSN BUKIT JALIL UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk Gred G2, Kategori CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 – (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) WP Kuala Lumpur serta pendaftarannya masih berkuatkuasa
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/002/2025 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : CADANGAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH SERTA BERKAITAN DI KAFETARIA ATLET TIME OUT MSN BUKIT JALIL UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
TARIKH BUKA : 27 FEBRUARI 2025 (KHAMIS)
TAKLIMAT : 28 FEBRUARI 2025 (JUMAAT/10.30 PAGI)
& LAWATAN TAPAK KAFETARIA ATLET, CASA 3, MSN BUKIT JALIL
TARIKH TUTUP : 7 MAC 2025 (JUMAAT)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837
KERJA-KERJA PENYELENGGARAN DAN PEMBERSIHAN LUAR BANGUNAN SERTA PEMOTONGAN RUMPUT KAWASAN SECARA KONTRAK DI KOMPLEKS MSN PAGOH, JOHOR UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Johor serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
221002 – MEMBERSIH KAWASAN
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/002/2025 (SPK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAN DAN PEMBERSIHAN LUAR BANGUNAN SERTA PEMOTONGAN RUMPUT KAWASAN SECARA KONTRAK DI KOMPLEKS MSN PAGOH, JOHOR UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
TARIKH BUKA : 24 FEBRUARI 2025 (ISNIN)
TAKLIMAT : 26 FEBRUARI 2025 (RABU/10.00 PAGI)
& LAWATAN TAPAK DI KOMPLEKS MSN PAGOH, JOHOR
TARIKH TUTUP : 5 MAC 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Rizal Mohd Shukri ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929702