Majlis Sukan Negara Malaysia
JUNIOR CYCLING MALAYSIA SIRI 4 2024 – PERLIS

JCM Siri 4-2024 Perlis bermula hari ini dengan acara lumba berperingkat yang bermula di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis. Seramai 110 pelumba mewakili 18 pasukan telah mengambil bahagian dengan jarak perlumbaan sejauh 108.3km.

Pelumba nombor 111, Muhammad Faheem Razen bin Zaini dari Pasukan Johor berjaya menyarung jersi kuning. Jersi hijau menjadi milik M. Iskandariah Medina manakala jersi merah berjaya ditawan oleh Nasrul Firas bin Ridzuan, masing-masing dari Team Aqua Two Cyclomotion.

Pelepasan pelumba telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Azraai Zain bin Tusimin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis bersama Puan Siti Jueriana daripada Unit Komunikasi Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

PROMOSI MAKANAN BERTEMAKAN NUTRISI PREBIOTIK DAN PROBIOTIK

Unit Perkhidmatan Makanan, Cawangan Hospitaliti Majlis Sukan Negara telah mengadakan Promosi Makanan bertemakan Nutrisi – Prebiotik dan Probiotik di Kafeteria Atlet Time Out MSN Bukit Jalil pada waktu Makan Tengah Hari, hari ini.

PROBIOTIK ialah ‘bakteria baik’ yang terdapat secara semulajadi di dalam usus dan dalam beberapa jenis makanan yang boleh menggalakkan kesihatan penghadaman. PREBIOTIK pula ialah bahan yang menggalakkan pertumbuhan dan aktiviti mikro organisma (probiotik) di dalam usus.

Pelbagai menu istimewa dan menarik menggunakan sumber-sumber Probiotik dan Prebiotik telah disediakan kepada atlet negara bagi meningkatkan kesedaran serta menambahkan pengetahuan atlet mengenai khasiat Probiotik dan Prebiotik di dalam kesihatan usus.

Antara menu istimewa yang disediakan adalah Teriyaki Tempe Vege Burger, Kimchi Cheese on Toast, German Sauerkraut & Potato Ball, Gherkin, Blueberry Yoghurt Cheese Cake dan Iced Black Tea Lemonade.

Menu disediakan oleh Chef profesional di Kafeteria Atlet dengan seliaan Pegawai Dietetik MSN, Puan Sahazliza dan Puan Haslina.

PEMBEKALAN PERALATAN PAKAI BUANG UNTUK KAFETARIA ATLET ‘TIME OUT’ DI BUKIT JALIL KUALA LUMPUR

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

020401 – PERALATAN DAN PERKAKASAN DOMESTIK 020501 – BAHAN PEMBUNGKUSAN/BEKAS/KOTAK/PALET

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/025/2024 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBEKALAN PERALATAN PAKAI BUANG UNTUK KAFETARIA ATLET ‘TIME OUT’ DI BUKIT JALIL KUALA LUMPUR
TARIKH BUKA : 16 MEI 2024 (KHAMIS)
TARIKH TUTUP : 30 MEI 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Cik Azira zainuddin (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929713

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

BENGKEL PEMBENTANGAN PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) MSN SUKU PERTAMA TAHUN 2024

YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN telah hadir menyampaikan ucaptama pada Bengkel Pembentangan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) MSN suku MSN bagi tahun 2024 yang diadakan pada 15 Mei 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Tujuan bengkel KPI ini diadakan adalah untuk menilai, menyemak dan membentangkan program-program yang telah dilaksanakan bagi tempoh suku pertama (Jan-Mac) 2024. seramai 50 orang peserta termasuk Pengurusan Tertinggi, Ketua-ketua Cawangan dan juga Penyelaras KPI MSN dimana Pengarah atau Wakil dari setiap bahagian atau sekretariat perlu membuat pembentangan. KPI MSN ini juga akan dipantau secara berkala dan akan dibentangkan setiap sukuan (4 kali setahun).

Sarawak laksana strategi rampas kejuaraan Para SUKMA: Fatimah

KUCHING: Sarawak sebagai tuan rumah Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) 2024 telah melaksanakan beberapa strategi dan langkah-langkah untuk merampas gelaran juara yang diungguli Sabah pada edisi lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebagai tuan rumah Para SUKMA kali ini, Sarawak antara lain tidak akan membatalkan mana-mana acara yang dipertandingkan pada saat akhir.

Beliau berkata, Para SUKMA 2022 di Kuala Lumpur telah menyaksikan beberapa acara dibatalkan berikutan ada atlet yang menarik diri, menyebabkan kontinjen Para SUKMA Sarawak kehilangan pingat emas yang berpotensi dimenangi pada temasya itu.

“Sebelum ini, di bawah peraturan penyertaan, setiap acara memerlukan penglibatan tiga negeri dan tiga atlet dan kegagalan untuk memenuhi syarat ini menyebabkan pembatalan acara.

“Kali ini (Para SUKMA 2024), peraturan telah dipinda kepada dua negeri dan empat atlet untuk memberi peluang lebih besar kepada atlet kita untuk menang,” ujarnya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Apresiasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei 2024, sambutan Hari Raya dan Pra-Gawai 2024 di sebuah hotel di sini, malam Selasa. 

Selain strategi tersebut Fatimah berkata, kursus klasifikasi anjuran Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) juga telah diadakan di Kuala Lumpur dari 19 hingga 21 April lalu untuk mengatasi masalah klasifikasi bagi atlet paralimpik pada temasya Para SUKMA 2024.

Ia katanya, untuk membantu pengelas memperoleh ilmu dan kemahiran dalam proses klasifikasi bagi memudahkan proses tersebut dijalankan di negeri masing-masing sebelum temasya Sukan Para SUKMA 2024 bermula.

“Kita mahu memastikan semasa temasya berlangsung, tiada atlet yang tidak kesampaian untuk bertanding, jadi kita mahu klasifikasi dilakukan terlebih dahulu di negeri masing-masing sebelum tiba di Sarawak,” jelasnya.

Fatimah menambah, dalam usaha merampas kembali kejuaraan, Sarawak berhasrat menyertai hampir kesemua acara sukan semasa temasya tersebut berlangsung bagi memaksimumkan peluang meraih pingat.

“Dari segi atlet, kita telah menghantar para atlet kita ke luar negara dan mendedahkan mereka kepada pertandingan di luar Sarawak sebagai sebahagian daripada persiapan.

“Dalam proses itu juga, kita tidak mengabaikan peranan penting jurulatih yang berkebolehan dalam melahirkan atlet menjadi terbaik, di samping mengiktiraf sokongan penting diberikan oleh ibu bapa dalam mengejar kemenangan mereka,” katanya. 

Di samping menyediakan peralatan sukan berkualiti tinggi, Fatimah mendedahkan atlet menerima elaun daripada kerajaan negeri semasa sesi latihan, sekali gus mengurangkan beban kewangan dan membolehkan atlet memberi lebih tumpuan kepada persiapan serta seterusnya berupaya menggalas pingat pada temasya Para SUKMA 2024.-Utusan Borneo

MAJLIS PENGENALAN PASUKAN SEMPENA JUNIOR CYCLING MALAYSIA (JCM) SIRI 4-2024 PERLIS

Majlis Pengenalan 18 pasukan yang bertanding pada perlumbaan berbasikal Junior Cycling Malaysia (JCM) Siri 4-2024 Perlis telah berlangsung di Dewan Bankuet Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis pada 15 Mei 2024.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Wan Zikri Afthar Ishak, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pembangunan IKS & Wilayah Ekonomi Baharu & Pemerkasaan Usahawan & Ekonomi Kreatif Negeri Perlis.

Turut hadir sama ke majlis tersebut, Yang Berhormat Tuan Megat Hashirat bin Hassan, Dewan Undangan Negeri Pauh, Yang Berhormat Tuan Haji Razali bin Saad, Dewan Undangan Negeri Simpang Empat serta Pengarah Majlis Negeri Perlis, Tuan Mohd Azraai Zain bin Tusimin.

MESYUARAT PENGURUS DAN PENGUNDIAN PASUKAN JUNIOR CYCLING MALAYSIA (JCM) SIRI 4-2024 PERLIS.

Mesyuarat Pengurus dan Pengundian Pasukan JCM Siri 4-2024 Perlis telah diadakan bertempat di Majlis Sukan Negeri Perlis pada rabu. Sebanyak 18 pasukan melibatkan 109 pelumba akan bertanding acara lumba berperingkat yang akan berlangsung pada 16-18hb Mei ini.

Acara Kriterium juga turut diadakan pada hari terakhir program ini bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar.

Pahang idam 40 emas di SUKMA Sarawak 2024

KUANTAN: Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang meletakkan sasaran untuk memungut 40 pingat emas di SUKMA Sarawak 2024, Ogos ini.

Sasaran berkenaan dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal yang dalam masa sama, turut menyatakan jumlah itu realistik berdasarkan komitmen diberikan Kerajaan Pahang.

“Kerajaan Pahang sememangnya komited dan bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran pingat memperbaiki kedudukan pada temasya kali ini. Atas dasar itu, kita melaksanakan beberapa inisiatif penting terutama dalam soal kebajikan kepada atlet bagi membela jurulatih dan pegawai.

“Antara inisiatif itu ialah elaun atlet yang bermula pada Januari tahun ini dan Kerajaan Pahang bersetuju kadar elaun latihan atlet SUKMA Pahang dinaikkan sehingga 150 peratus. Sebelum ini, kadar elaun latihan atlet adalah RM100 sebulan manakala kadar terbaharu elaun RM250 dan tertinggi RM500 sebulan,” kata Fadzli.

Fadzli berkata, inisiatif terutama gaji jurulatih sepenuh masa dinaikkan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan berdasarkan kelayakan ditetapkan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) Institut Sukan Negara.

“Sebelum ini, ramai jurulatih yang menerima gaji di bawah RM2,000 sebulan. Penyelaras turut menerima elaun sekurang-kurangnya RM200 sebulan bermula Januari lalu. Dengan inisiatif ini diharap membantu meletakkan kontinjen Pahang berada pada kedudukan lima terbaik pada temasya kali ini,” katanya.

Kontinjen Pahang akan disertai 603 atlet yang membabitkan 327 lelaki dan 276 wanita.-Berita Harian

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH GELANGGANG TAKRAW DAN GELANGGANG SERBAGUNA SEDIADA DI KOMPLEKS SUKAN MSN KUALA ROMPIN, PAHANG UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Negeri Pahang dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 dan Kategori – CE Pembinaan Kejuruteraan Awam dibawah Kod CE21 – (Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/011/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH GELANGGANG TAKRAW DAN GELANGGANG SERBAGUNA SEDIADA DI KOMPLEKS SUKAN MSN KUALA ROMPIN, PAHANG UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 13 MEI 2024 (ISNINI)
TAKLIMAT : 16 MEI 2024 (KHAMIS/10.30 PAGI)
& LAWATAN TAPAK KOMPLEKS SUKAN MSN ROMPIN, PAHANG
TARIKH TUTUP : 23 MEI 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida, dokumen sebut harga dan Borang Maklumat Penyebutharga boleh dimuat di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH SALURAN AIR HUJAN SERTA KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN CASA 3 MSN BUKIT JALIL, KL UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 Kategori CE Pembinaan Kejuruteraan Awam dibawah Kod CE21 – (Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam) dan pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/010/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH SALURAN AIR HUJAN SERTA KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN CASA 3 MSN BUKIT JALIL, KL UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 13 MEI 2024 (ISNIN)
TAKLIMAT : 17 MEI 2024 (JUMAAT/11.30 PAGI)
& LAWATAN TAPAK CASA 3 MSN BUKIT JALIL
TARIKH TUTUP : 24 MEI 2024 (JUMAAT)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida, dokumen sebut harga dan Borang Maklumat Penyebutharga boleh dimuat di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia