Majlis Sukan Negara Malaysia
PROGRAM BERSAMA PERKESO – STRIVE 2 SUCCESS

Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) telah menganjurkan program Bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) iaitu Strive 2 Success yang melibatkan penyertaan atlet-atlet negara bertempat di Bilik Seminar, Casa 4, MSN Bukit Jalil pada 7 Mei 2025.

Melalui kolaborasi bersama PERKESO ini, atlet-atlet telah diberi pendedahan mengenai pelbagai aspek penting bagi membantu dalam perancangan kerjaya mereka.

Antaranya perkongsian maklumat tentang kebolehpasaran pekerjaan, cara-cara membina profil diri yang menarik, penulisan resume yang efektif, serta pendaftaran di platform MyFutureJobs, iaitu portal pencarian pekerjaan kendalian PERKESO. Selain itu, para atlet turut diberi tips dan panduan menghadapi sesi temuduga, agar lebih yakin dan bersedia dalam memohon pekerjaan.

Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada atlet dari segi pengetahuan dan kemahiran, malah ia juga mencerminkan komitmen MSN dalam memastikan kebajikan dan masa depan atlet terus terpelihara melalui sokongan pembangunan kerjaya yang berterusan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN TUN RAZAK KE MAJLIS SUKAN NEGARA

Majlis Sukan Negara Malaysia berbesar hati menerima kunjungan daripada SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak ke Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.

Seramai 40 pelajar dan guru hadir dalam lawatan ini yang memberi peluang untuk meninjau fasiliti serta venue latihan atlet kebangsaan, di samping memahami dengan lebih mendalam peranan MSN dalam pembangunan sukan negara.

Lawatan ini turut memberi inspirasi melalui perkongsian kisah kejayaan atlet serta pendedahan kepada program-program latihan berprestasi tinggi dan pembangunan akar umbi.

PERHIMPUNAN ATLET PARA

Majlis Perhimpunan bersama atlet para dan jurulatih di bawah program MSN diadakan hari ini bersama Pengarah Bahagian Para, En. Joherman Amir dan pegawai Bahagian Para.

Pada perjumpaan yang diadakan di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan itu, En. Joherman berkongsi mengenai temasya-temasya utama yang akan disertai atlet para pada tahun ini.

Ini juga merupakan perjumpaan pertama En. Joherman bersama atlet para negara selepas dilantik sebagai Pengarah Bahagian Para.

PERKHIDMATAN PENGURUSAN TANDA ARAH BAGI PENGANJURAN LTDL 2025

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

010401 – PAPAN TANDA DAN AKSESORI

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/015/2025 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN PENGURUSAN TANDA ARAH BAGI PENGANJURAN LTDL 2025
TARIKH BUKA : 5 MEI 2025 (ISNIN)
TARIKH TUTUP : 13 MEI 2025 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Orissa Baharum (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929012

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PERKHIDMATAN PENGURUSAN SIAR RAYA SKRIN LED DAN KANDUNGAN VIDEO BAGI PENGANJURAN LTDL 2025

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221304 – AUDIO VISUAL
221511 – PA SYSTEM & ALAT MUZIK
222001 – MEDIA ELEKTRONIK (TIDAK TERMASUK KERJA PERCETAKAN)

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/014/2025 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN PENGURUSAN SIAR RAYA SKRIN LED DAN KANDUNGAN VIDEO BAGI PENGANJURAN LTDL 2025
TARIKH BUKA : 5 MEI 2025 (ISNIN)
TARIKH TUTUP : 13 MEI 2025 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Orissa Baharum (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929012

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PERKHIDMATAN MENGURUSKAN KEPERLUAN DAN PEMASANGAN ‘STAGING’ BAGI PENGANJURAN LTDL 2025

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221104 – TENAGA BURUH; ATAU
221305 – KESENIAN, HBURAN & PELANCONGAN

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/016/2025 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN MENGURUSKAN KEPERLUAN DAN PEMASANGAN ‘STAGING’ BAGI PENGANJURAN LTDL 2025
TARIKH BUKA : 5 MEI 2025 (ISNIN)
TARIKH TUTUP : 13 MEI 2025 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Orissa Baharum (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929012

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PERKHIDMATAN PENGURUSAN CAVALCADE BAGI PENGANJURAN LTDL 2025

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221305 – PENYEDIAAN PENTAS/PAMERAN PERTUNJUKKAN, TAMAN HIBURAN DAN KARNIVAL/PESTARIA

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/013/2025 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN PENGURUSAN CAVALCADE BAGI PENGANJURAN LTDL 2025
TARIKH BUKA : 5 MEI 2025 (ISNIN)
TARIKH TUTUP : 13 MEI 2025 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Orissa Baharum (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929012

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

IQUW BERMUDA OPEN 2025

Tarikh: 30 April – 3 Mei 2025

Tempat: Devonshire, Bermuda

Aira Azman mencipta sejarah peribadi apabila merangkul kejuaraan pertamanya dalam PSA Squash Tour 2025.

Beliau menewaskan Hana Moataz dari Mesir dengan kemenangan bergaya 3-0 (12-10, 11-3, 11-6) dalam pusingan akhir IQUW Bermuda Open 2025.

16TH ASIAN LAWN BOWLS & 14TH U25 ASIAN LAWN BOWLS CHAMPIONSHIP 2025

Tarikh : 28 April – 4 Mei 2025

Tempat : Clark, Filipina

KEPUTUSAN

MSIN (MEN’S SINGLES)

Izzat Shameer (MAS)

🥇 HKG

🥈 PHI

🥉 MAS/JPN

MFOU (MEN’S FOURS)

Soufi, Idham, Naufal, Amirul (MAS)

🥇 MAS

🥈 IND

🥉 PHI/THA

WPAI (WOMEN’S PAIRS)

Aleena & Ain (MAS)

🥇 MAS

🥈 IND

🥉 PHI/SGP

WTRI (WOMEN’S TRIPLES)

Alyani, Balqis & Syafiqah (MAS)

🥇 IND

🥈 MAS

🥉 JPN/HKG

PERKHIDMATAN PENGURUSAN LOGISTIK BAGI PENGANJURAN LTDL 2025

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221104 – TENAGA BURUH
140503 – LAMPU, KOMPONEN LAMPU DAN AKSESORI
221704 – PENGANGKUTAN LORI

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/009/2025 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN PENGURUSAN LOGISTIK BAGI PENGANJURAN LTDL 2025
TARIKH BUKA : 2 MEI 2025 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP : 9 MEI 2025 (JUMAAT)