Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) telah menerima lawatan akademik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Kampus Arau ke Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg. Pandan pada 13 Jun 2025. Delegasi lawatan terdiri daripada 42 orang pelajar Semester 6 jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, yang turut diiringi oleh dua orang pensyarah.
Matlamat utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai pengurusan sukan berprestasi tinggi, khususnya dalam konteks pembangunan sukan para negara.
Turut hadir menyambut delegasi adalah Pengarah Bahagian Para, Encik Joherman Amir, yang turut berkongsi aspirasi dan hala tuju pembangunan sukan para di Malaysia.
YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), telah mewakili Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) yang berlangsung di Bangkok, Thailand.
Kehadiran rasmi ke mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan status terkini penganjuran Temasya Sukan SEA ke-34 yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada tahun 2027.
Edisi ke-34 ini akan dianjurkan secara hos bersama melibatkan Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor, selaras dengan komitmen Malaysia untuk menganjurkan temasya bertaraf antarabangsa dan inklusif.
Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Negeri Pahang untuk Gred G3, Kategori B Pengkhususan Pembinaan Bangunan Kod B08- Pemasangan Bahan Kalis Air CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 – (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pahang serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/013/2025 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KEBOCORAN TANDAS DI BANGUNAN ASRAMA PELATIH DAN KOLAM RENANG SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG TARIKH BUKA : 10 JUN 2025 (SELASA) TAKLIMAT : 12 JUN 2025 (KHAMIS/12.00 TENGAHARI) & LAWATAN TAPAK AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG TARIKH TUTUP : 19 JUN 2025 (KHAMIS) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Peti Sebutharga & Tender
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :- Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066 En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837
Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Negeri Pahang untuk Gred G2, Kategori B Pengkhususan Pembinaan Bangunan Kod B08- Pemasangan Bahan Kalis Air CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 – (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pahang serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/011/2025 (SK) TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PEMBAIKAN BUMBUNG KACA DAN SALURAN AIR HUJAN JENIS KONKRIT (GUTTER) SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG TARIKH BUKA : 10 JUN 2025 (SELASA) TAKLIMAT : 12 JUN 2025 (KHAMIS/10.00 PAGI) & LAWATAN TAPAK AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG TARIKH TUTUP : 19 JUN 2025 (KHAMIS) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Peti Sebutharga & Tender
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :- Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066 En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837
Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Negeri Pahang untuk Gred G1, Kategori CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 – (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pahang serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/012/2025 (SK) TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KERUSI FABRIK DAN AKUSTIK PANEL DI AUDITORIUM AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG TARIKH BUKA : 10 JUN 2025 (SELASA) TAKLIMAT : 12 JUN 2025 (KHAMIS/3.00 PETANG) & LAWATAN TAPAK AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG TARIKH TUTUP : 19 JUN 2025 (KHAMIS) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Peti Sebutharga & Tender
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :- Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066 En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837
Jawatankuasa Road To Gold (RTG) hari ini mengumumkan senarai atlet Program RTG dan Fast Track bagi tahun 2025.
12 atlet yang diumumkan untuk Program RTG adalah 8 daripada sukan badminton, dua dari sukan berbasikal dan masing-masing seorang dari sukan angkat berat dan skuasy.
Antara muka baru yang diserapkan ke dalm program RTG adalah pemain skuasy negara, S.Sivasangari dan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.
Senarai atlet untuk Program Fast Track pula menyaksikan 3 daripada sukan memanah dan seorang dari sukan skuasy.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah yang mempengerusikan Mesyuarat RTG turut mengumumkan jawatankuas RTG meluluskan permohonan menjurus kepada keperluan tambahan dan penyertaan kejohanan penting bagi memperkukuh prestasi atlet ke arah Sukan Olimpik LA 2028.
13 atlet program RTG dan Fast Track turut hadir menandatangani perjanjian komitmen RTG dan Fast Track.
Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) telah menerima kunjungan daripada pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 6 Jun 2025. Kunjungan dari wakil BSN yang terdiri daripada Puan Anes Juwita, Puan Nor Asmelia dan Puan Fatin Nasuha dari Bahagian Rangkuman Kewangan BSN adalah bertujuan untuk memperkasakan literasi kewangan di kalangan atlet, khususnya bagi atlet-atlet para negara.
Menerusi program jangka pendek ini, BSN berhasrat untuk membina kesedaran dan konsistensi dalam amalan menyimpan di kalangan atlet-atlet negara. Selain itu, BSN juga memperkenalkan beberapa insentif khusus bagi membantu kumpulan masyarakat yang terdedah kepada isu kewangan.
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Kedah serta berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Negeri Kedah untuk Gred G1, Kategori CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21/M15, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) permit IPA Jenis D) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/010/2025 (SK) TAJUK SEBUTHARGA : KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH LOJI RAWATAN AIR KUMBAHAN (STP) YANG MELIBATKAN KERJA SIVIL, MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH TARIKH BUKA : 5 JUN 2025 (RABU) TAKLIMAT : 12 JUN 2025 (KHAMIS/11.00 PAGI) & LAWATAN TAPAK PUSAT PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH TARIKH TUTUP : 18 JUN 2025 (RABU) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-