Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives 2025

KERJA MEMBEKAL, MEMBINA BUMBUNG DAN MENARA LATIHAN SERTA KERJA BERKAITAN DENGANNYA DI KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN UNTUK MSNM

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Negeri Sembilan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2, Kategori B Pembinaan Bangunan Kod B04 – (Kerja Am Bangunan) dan Kategori – CE Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 – (Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam) dan pendaftarannya masih berkuatkuasa.

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri  atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan)                : 03-89929066

En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal)                       : 03-89929837  

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

KERJA-KERJA PEMBINAAN BUMBUNG TAMBAHAN SURAU AL-FAIZIN, MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR SECARA REKABENTUK DAN BINA (DESIGN AND BUILD) UNTUK MSNM

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur untuk Gred G2, Kategori B- Pembinaan BangunanPengkhususan B04 dan B08 dan CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri  atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan )                 : 03-89929066  

En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal)       : 03-89929837  

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PEMBELIAN KERUSI PEJABAT UNTUK PENGARAH, KETUA CAWANGAN DAN SEMUA PEGAWAI DAN ANGGOTA MSN

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

020101 – Perabot/Perabot Makmal dan Kelengkapan Berasaskan Kayu/Rotan/Fabrik/Logam/Plastik

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri  atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan )                                 : 03-89929066  

Pn. Norain Ahmad  (Spesifikasi Pembekalan)                                   : 03-89929088

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PEMBEKALAN BAHAN MAKANAN KERING, MENTAH, BASAH, SEJUK DAN BEKU DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Kedah serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

040101 – MAKANAN DAN BAHAN MENTAH KERING/BASAH

040102 – MAKANAN DAN MINUMAN (TIN, BOTOL DAN BERBUNGKUS)

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri  atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan )                      : 03-89929066       

Cik Azira zainuddin (Spesifikasi Pembekalan)                       : 03-89929713

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Bunga Raya 7s keenam, skuad wanita kelapan di Hangzhou

Kuala Lumpur: Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara menamatkan cabaran di tempat keenam pada Siri Kejohanan Ragbi Asia Tujuh Sebelah 2025 di Hangzhou, China hari ini.

Pada aksi penentuan tempat kelima dan keenam, skuad Bunga Raya 7s kendalian Nik Safuan Ismade Nik Man tewas 17-26 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Terdahulu, Malaysia mara ke penentuan kelima dan keenam selepas mencatat kemenangan tipis 14-10 ke atas Taiwan pada perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan.

Nik Safuan ketika mengulas pencapaian itu menyifatkan prestasi keseluruhan pasukan sebagai memberangsangkan meskipun berdepan kekangan kecederaan pemain.

“Prestasi keseluruhan pasukan kali ini memberangsangkan dan kita telah berjaya dapat ranking keenam di Asia. Bagi kondisi pemain, tujuh pemain mengalami kecederaan teruk hingga kita terpaksa merehatkan mereka seketika bagi meneruskan kempen.

“Untuk perancangan saingan Siri 2 di Sri Lanka nanti, saya akan menggantikan beberapa pemain daripada senarai pendek bagi memberi pendedahan, permainan dan bagi memantapkan pasukan menjelang Sukan SEA 2025 pada Disember nanti,” kata Nik Safuan menerusi klip video dikongsi kepada media hari ini.

Siri kedua Kejohanan Ragbi Asia 7s 2025 dijadual berlangsung di Colombo, Sri Lanka dari 18-19 Oktober ini.

Sementara itu, skuad wanita negara mengakhiri saingan di tempat kelapan selepas tunduk 10-17 di tangan UAE pada aksi penentuan tempat ketujuh dan kelapan.

Terdahulu, pada perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan, skuad wanita tewas 0-5 kepada Kazakhstan.

MSN tekad hantar kontinjen terkuat

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan tidak timbul isu sekiranya persatuan sukan kebangsaan menyenaraikan atlet bergelar juara dunia ke temasya Sukan SEA Thailand dari 9 hingga 20 Disember ini kerana Malaysia sememangnya mahu menghantar skuad terkuat.

Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata, langkah itu juga sebahagian persiapan menghadapi Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur apabila Malaysia menjadi tuan rumah.

“Pada edisi 2022 di Vietnam, kita hantar 52 peratus atlet muda. Di Kemboja pula menjadi penampilan kedua mereka, dan kali ini penampilan ketiga. Jadi, mereka sudah ada pengalaman di pentas Sukan SEA.

“Kali ini kita akan hantar yang terbaik kerana kita mahu jadi yang terbaik,” katanya pada sidang media selepas pengumuman penaja Le Tour de Langkawi, hari ini.

Jefri menjelaskan, siri perbincangan bersama persatuan sukan kebangsaan sudah diadakan sebelum tarikh tutup pendaftaran atlet dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 1 September lalu.

“Mana-mana persatuan yang mendaftar, saya percaya mereka menurunkan atlet terbaik masing-masing. Contohnya badminton dan boling, walaupun baru tamat Kejohanan Dunia 10 hari sebelum itu, tetap akan membawa pasukan terkuat,” katanya.

Menyentuh sasaran pingat, Jefri optimis Malaysia mempunyai peluang lebih baik berbanding edisi Kemboja 2023 yang menyenaraikan banyak acara tradisional tempatan.

“Di Kemboja, kita memang tiada kekuatan kerana acara dipertandingkan berteraskan sukan tradisional negara itu.

“Kali ini, Thailand, Malaysia dan Singapura sudah bersetuju mempertandingkan acara bertaraf Olimpik dan Asia. Contohnya skuasy, boling padang dan boling. Jadi, kita harap ia beri peluang lebih cerah,” katanya.

Keselamatan jadi fokus LTdL

Kuala Lumpur: Aspek keselamatan akan menjadi keutamaan apabila perlumbaan berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) membuka tirai dari 28 September hingga 5 Oktober ini.

Jaminan itu diberikan Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kebimbangan mengenai isu keselamatan selepas pelumba berusia 28 tahun, Low Beng Seng maut akibat bertembung dengan sebuah kereta ketika menyertai Langkawi Legendary Ride pada 14 September lalu.

Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata, pihak penganjur bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran sepanjang berlangsungnya perlumbaan.

“Kami sudah mengadakan beberapa mesyuarat dengan ketua-ketua jabatan termasuk jawatankuasa penganjur dan wakil polis turut hadir memberikan pandangan mereka.

“Dengan pengalaman yang kami raih sejak tiga tahun lalu, saya yakin isu keselamatan tidak akan timbul. Pihak polis pun mempertingkatkan kekuatan mereka untuk memastikan perlumbaan kali ini dikawal dengan baik,” katanya pada majlis pengumuman BubblesO2 sebagai penaja Jersi Raja Bukit, hari ini.

Menurut Jefri, prosedur operasi standard (SOP) ketat turut dikuatkuasakan oleh PDRM serta Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

“UCI mempunyai SOP tersendiri yang perlu dipatuhi dan kami sentiasa mematuhi segala peraturan ditetapkan, sama ada oleh UCI mahupun PDRM,” jelasnya.

Tambah Jefri lagi, persiapan tahun ini juga lebih mudah kerana peloton hanya perlu menyeberang sekali sahaja ke Langkawi, berbeza dengan tahun lalu yang turut membabitkan peringkat perlumbaan di Sarawak.

“Kali ini tidak banyak masalah yang dijangka timbul, dan kami percaya acara akan berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) LTDL 2025, Emir Abdul Jalal berkata, edisi kali ini menelan kos kira-kira RM19.5 juta, dengan RM7.5 juta ditampung melalui tajaan, termasuk RM1 juta dalam bentuk tunai dan barangan daripada BubblesO2.

Beliau menegaskan, berikutan LTdL dianjurkan di bawah MSN, setiap sen daripada peruntukan kerajaan dan penajaan akan disalurkan terus ke aspek operasi, keselamatan, infrastruktur dan logistik, bukannya untuk keuntungan.

Pearly-Thinaah mudah ke suku akhir

Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tidak berdepan masalah untuk melangkah ke suku akhir Masters China 2025 selepas mencatat kemenangan mudah ke atas wakil Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai, sebentar tadi.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Shenzhen Arena, pasangan yang kini berada di ranking kedua dunia itu hanya memerlukan 26 minit untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan straight set 21-11, 21-8.

Kemenangan itu menyaksikan Pearly-Thinaah bakal membuat perhitungan sama ada menentang rakan senegara, Ong Xin Yee-Carmen Ting atau pilihan keenam kejohanan dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee di suku akhir, esok.

Sementara itu, beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada pasangan pilihan kedua dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Walaupun mempamerkan saingan sengit pada set pertama yang dimenangi 21-16, Pang Ron-Su Yin yang menghuni ranking ke-14 dunia akhirnya akur tewas dalam dua set berikutnya, 7-21, 10-21 dalam perlawanan yang memakan masa 58 minit.

Aaron-Wooi Yik berhempas pulas singkir beregu England

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dipaksa bermandi peluh sebelum melangkah ke suku akhir Masters China selepas menundukkan pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy pada aksi pusingan kedua, hari ini.

Bekas juara dunia itu bermula longlai apabila tewas set pertama 14-21, namun bangkit mempamerkan ketenangan untuk meraih kemenangan dalam dua set berikutnya 21-15, 25-23 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 72 minit.

Menanti Aaron-Wooi Yik di suku akhir esok ialah sama ada rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun atau beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, yang akan turun beraksi lewat malam ini.

Sementara itu, cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki berakhir selepas Leong Jun Hao tumpas di tangan pemain tuan rumah Li Shi Feng 11-21, 21-19, 8-21.

Turut tersingkir ialah beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang tewas kepada gandingan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-16, 7-21, 10-21.

SUKMA Selangor senarai 474 acara

Shah Alam: Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 akan mempertandingkan 474 acara daripada 37 jenis sukan dari 15 Ogos sehingga 24 Ogos tahun hadapan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, jumlah acara berkenaan adalah tertinggi dalam sejarah penganjuran temasya itu.

“Jumlah ini sekali gus melebihi lima acara berbanding 469 acara sukan ketika penganjuran SUKMA Sarawak pada 2024.

“Berdasarkan pecahan mengikut jantina pula sejumlah 239 acara sukan membabitkan atlet lelaki, 217 acara wanita dan 18 acara campuran.

“Pendaftaran penyertaan setiap sukan oleh setiap negeri atau kontinjen untuk temasya SUKMA XXII 2026 akan dibuka pada awal November ini untuk tempoh dua minggu,” katanya dalam sidang media di Seksyen 7, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 berkata, sebanyak 53 venue di sembilan daerah di Selangor akan digunakan sebagai gelanggang pertandingan membabitkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT), institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta Velodrom Nasional di Negeri Sembilan.

“Saya juga ingin mengumumkan Sekretariat SUKMA Selangor 2026 akan bekerjasama dengan Konvensyen Belia Selangor yang dijadualkan akan berlangsung pada 30 September ini di Dewan Raja Muda Musa di sini untuk membuka prapendaftaran sukarelawan SUKMA 2026.

“Pada konvensyen itu, kita juga akan melancarkan kempen menamakan Maskot SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 secara rasmi,” katanya.

Mengulas perkembangan naik taraf beberapa venue, katanya, di peringkat PBT, semua bergerak namun dua venue penting yang belum selesai iaitu Pusat Akuatik Shah Alam dan lapang sasar menembak Subang.

“Jadi kita perlu melalui peraturan dan juga tapisan tertentu di peringkat kerajaan negeri untuk memastikan proses pemilihan syarikat ataupun kontraktor untuk naik taraf itu dipatuhi dengan baik,” katanya.