Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives November 28, 2025

Songkhla tidak lagi anjur Sukan Sea 2025, semua 10 acara dipindahkan ke Bangkok

Kuala Lumpur: Sebanyak 10 acara sukan yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Songkhla diluluskan untuk dipindahkan ke Bangkok bagi Sukan Sea 2025 di Thailand dari 9 hingga 20 Disember ini.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi temasya dwitahunan itu malam ini, pengesahan pemindahan berkenaan diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea ke-33 dan Sukan Para Asean ke-13 hari ini, susulan kejadian banjir di selatan Thailand.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Atthakorn Sirilatthayakon, yang turut dihadiri Gabenor Pihak Berkuasa Sukan Thailand Dr Kongsak Yodmanee, wakil persatuan sukan serta pegawai berkaitan.

“Agenda utama berkaitan pemindahan acara sukan dan lokasi pertandingan bagi Sukan Sea ke-33 disebabkan banjir teruk di wilayah selatan Thailand, yang menyebabkan kerosakan dan menjejaskan tahap kesiapsiagaan, khususnya di Wilayah Songkhla, antara bandar tuan rumah bersama temasya yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 10 acara sukan yang akan dipindahkan ke Bangkok dari Songkhla ialah Muay Thai, bola sepak lelaki, catur, kabaddi, wusyu, pencak silat, judo, petanque, karate dan gusti.

Sementara itu, mesyuarat itu turut mengesahkan bahawa acara biliard dan snuker, yang sepatutnya diadakan di Chonburi, kini turut dipindahkan ke Bangkok.

PERKHIDMATAN MEMBEKAL BAHAN KIMIA PENCUCI DI AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI GAMBANG, PAHANG

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Pahang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

020403 – BAHAN PENCUCI & PEMBERSIHAN

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/065/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN MEMBEKAL BAHAN KIMIA PENCUCI DI AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI GAMBANG, PAHANG
TARIKH BUKA : 28 NOVEMBER 2025 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP : 8 DISEMBER 2025 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Cik Azira Zainuddin (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929713

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PERKHIDMATAN MEMBEKAL GAS MEMASAK DI KAFETARIA AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Pahang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

020401 – PERALATAN DAN PERKAKASAN DOMESTIK

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/066/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN MEMBEKAL GAS MEMASAK DI KAFETARIA AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 28 NOVEMBER 2025 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP : 8 DISEMBER 2025 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Sahazliza Sahid Abdullah (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929770

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

Belgium belasah Speedy Tigers 9-1

Ipoh: Pasukan ranking ketiga dunia Belgium membelasah Malaysia 9-1 pada perlawanan keempat Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah ke-13.

Selepas tewas 3-4 kepada India, anak buah Sarjit Singh turun dengan misi berjuang habisan-habisan namun terpaksa akur dengan kehebatan Belgium.

Penyerang prolifik Belgium yang juga pemain terbaik dunia tahun ini Tom Boon membuka tirai jaringan pasukan itu hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-8 sebelum Thomas Crols meledak gol kedua tiga minit kemudian.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan negara mengatur serangan balas dan berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-13 menerusi gol padang Faizal Saari namun dua minit kemudian Thibeau Stockbroekx pula memastikan Belgium terus di depan sebelum tamat suku pertama perlawanan.

Babak kedua menyaksikan Belgium terus menekan kubu pertahanan Malaysia dan berjaya merobek gawang negara apabila Roman Duvekot menjaringkan gol keempat pada minit ke-24.

Alexander Hendrickx dan Tommy Willem kemudian menambah derita Speedy Tigers menerusi penalti stroke dan pukulan sudut penalti pada minit ke-27 dan 30.

Boon sekali lagi mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-38 apabila pasukan itu sekali lagi dihadiahkan pukulan penalti dan Victor Foubert terus menghukum kem pertahanan negara apabila meledak gol kelapan pada minit ke-41.

Asakan Belgium tidak berhenti di situ apabila Duvekot melengkapkan hari malang skuad negara menerusi gol kesembilan pada minit ke-54.

Terdahulu, Kanada mengalahkan Korea Selatan 3-2 manakala India pula menundukkan New Zealand juga dengan keputusan 3-2.

Perlawanan terakhir Malaysia pada Sabtu ini bertemu Korea Selatan yang dijadualkan pada 6 petang manakala New Zealand bertemu Belgium (4 petang) dan Kanada menentang India (2 petang).

Sementara itu, ketua jurulatih Sarjit Singh menyifatkan kekalahan itu sebagai satu pengajaran besar buat pemain, sambil menegaskan pertembungan itu menjadi ukuran tepat tahap semasa skuad Speedy Tigers, sekali gus membuka ruang untuk memperbaiki kelemahan sedia ada.

“Belgium memang bermain dengan sangat baik selepas aksi menentang Korea Selatan tempoh hari, mereka mula menunjukkan kenapa mereka berada di ranking ketiga dunia,” katanya, sambil menambah aspek disiplin bertahan pasukan lawan juga menjadi contoh terbaik kepada pemain negara.