MAJLIS PENGUMUMAN PENAJAAN BUBBLES O2 PETRONAS LE TOUR DE LANGKAWI 2025

Majlis Sukan Negara (MSN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bubbles O2 atas kesudian menaiktaraf penajaan sebagai Penaja Jersi Utama, King of The Mountain bagi PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025.

Kerjasama strategik ini bukan sahaja memperkukuh penganjuran perlumbaan berprestij dunia, malah turut mengangkat imej Malaysia di pentas antarabangsa melalui siaran TV global, liputan langsung serta pelbagai aktiviti sepanjang laluan perlumbaan.

Edisi ke-29 Le Tour de Langkawi akan membuka tirai secara rasmi menerusi Majlis Pengenalan Pasukan pada 26 September 2025 di Dataran Lang, Langkawi, Kedah.