Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Wilayah Persekutian Kuala Lumpur untuk Gred G2, Kategori ME Pengkhususan E32 dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/050/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA BERKALA (NON-KOMPREHENSIF) BAGI SISTEM JANAKUASA TUNGGU SEDIA (GENSET) DI MSN BUKIT JALIL, PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK KG PANDAN, KOMPLEKS SUKAN MSN SETIAWANGSA, VELODROM NASIONAL NILAI DAN KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 26 OGOS 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 4 SEPTEMBER 2025 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606