Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) membuka tirai cabaran di FESMAS 2025 dengan acara pembukaan Tenpin Boling VIP pada 23 Ogos 2025 di Lite Superbowl, Pelangi Leisure Mall, Johor.
Pasukan tenpin boling MSN diketuai oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, bersama Encik Mohd Zaim Yusof, Pengarah Bahagian Atlet, serta Puan Syazana Aqilah Lokman selaku wakil rasmi.
Seramai 76 pegawai dan anggota menyertai Kontinjen MSN dalam pelbagai acara sukan sepanjang kejohanan yang berlangsung dari 23 hingga 28 Ogos 2025.









