Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS PENDIDIKAN JURULATIH BERTERUSAN (CCE): BASIC LIFE SUPPORT (BLS) ZON UTARA 2025

Kursus Basic Life Support (BLS) Zon Utara telah berlangsung pada 22 Ogos 2025 di Berjaya Penang Hotel, Pulau Pinang dengan penyertaan seramai 30 peserta wanita terdiri daripada jurulatih program pembangunan, pembantu jurulatih, serta bekas atlet.

Kursus ini merupakan asas bantuan permulihan kardiorespiratori dengan tekanan dada & pernafasan sementara bantuan ambulans sampai untuk mendapat rawatan selanjutnya.