Sesi dialog bersama pemegang taruh Kementerian Belia dan Sukan telah diadakan hari imi dalam usaha menyediakan kerangka Belanjawan 2026 yang inklusif khususnya dalam memperkasa belia dan sukan.
Sesi dialog diterajui Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh melibatkan Persatuan Sukan Kebangsaan, persatuan belia serta pemegang taruh.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim; Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs. En. Abdullah Hassan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Pn. Chan Hong Jin.












