Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives August 7, 2025

MAJLIS PENGUMUMAN PASUKAN DAN DOMESTIQUE BY PETRONAS LE TOUR DE LANGKAWI (PLTDL) 2025

Perlumbaan jelajah berbasikal Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) bakal menampilkan tiga pasukan berstatus WorldTeam (WT) dan lapan pasukan ProTeam (PT).

Melengkapkan senarai 22 pasukan yang bertanding dalam saingan lapan hari itu nanti ialah 10 pasukan berstatus benua (Continental) dan sebuah pasukan kebangsaan iaitu Malaysia.

Edisi ke 29 PLTdL 2025 akan membuka tirai saingan pada 28 September hingga 5 Oktober 2025 membabitkan kayuhan sejauh 1257.8 kilometer merentasi 12 negeri Semenanjung Malaysia

Acara berbasikal amatur, Domestique by PLTdL 2025 juga akan diteruskan tahun ini dengan jarak kayuhan sejauh 96.7 kilometer yang akan diadakan pada 27 September 2025

Pengumuman pasukan dan Domestique by PLTdL 2025 diumumkan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Majlis Sukan Negara, En. Arrifin Mohd Ghani.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan, En. Mohd Sofian Hamzah dan Ketua Pegawai Operasi LTdL 2025, En. Emir Abdul Jalal.

MESYUARAT PENYELARASAN PETRONAS LE TOUR DE LANGKAWI 2025 BIL 1/2025

Mesyuarat Penyelarasan Ketua-Ketua Jabatan dan Teknikal Bilangan 1/2025 bagi penganjuran PETRONAS Le Tour de Langkawi (PLTdL) 2025 telah diadakan pada 7 Ogos 2025 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Mesyuarat ini telah membincangkan penyelarasan hala tuju, peranan, dan perancangan jabatan-jabatan terlibat, di samping menyampaikan makluman terkini berkenaan pengoperasian serta mendapatkan maklum balas daripada ketua-ketua jabatan PLTdL menjelang perlumbaan yang akan berlangsung kurang daripada dua bulan lagi.

Turut hadir sama ke mesyuarat tersebut, YBrs. En. Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN, En. Mohd Safrushahar bin Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan merangkap Pengarah Acara PLTdL 2025, En. Emir Abdul Jalal, Ketua Pegawai Operasi serta En. Arif Astaman, Pengarah Teknikal PLTdL 2025.

PERKHIDMATAN ‘HOUSEKEEPING’ (KEBERSIHAN DALAMAN BANGUNAN) DI KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN SECARA KONTRAK BERKALA UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Sembilan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221002 – Membersih Kawasan /
221001 – Khidmat Kebersihan Dan rawatan – Pembersihan Bangunan & Pejabat

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/045/2025 (SPK)
TAJUK SEBUT HARGA : PERKHIDMATAN ‘HOUSEKEEPING’ (KEBERSIHAN DALAMAN BANGUNAN) DI KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN SECARA KONTRAK BERKALA UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 7 OGOS 2025 (KHAMIS)
TAKLIMAT : 12 OGOS 2025 (SELASA/11.00 PAGI)
& LAWATAN TAPAK DI KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN
TARIKH TUTUP : 19 OGOS 2025 (SELASA)
SEBELUM JAM 12.00 TENGAH HARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu (1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha (Urus setia Perolehan) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PERKHIDMATAN ‘HOUSEKEEPING’ (KEBERSIHAN DALAMAN BANGUNAN) DI PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK KAMPUNG PANDAN, KUALA LUMPUR SECARA KONTRAK BERKALA UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221002 – Membersih Kawasan / 221001 – Khidmat Kebersihan Dan rawatan – Pembersihan Bangunan & Pejabat

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/044/2025 (SPK)
TAJUK SEBUT HARGA : PERKHIDMATAN ‘HOUSEKEEPING’ (KEBERSIHAN DALAMAN BANGUNAN) DI PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK KAMPUNG PANDAN, KUALA LUMPUR SECARA KONTRAK BERKALA UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 7 OGOS 2025 (KHAMIS)
TAKLIMAT : 12 OGOS 2025 (SELASA/11.00 PAGI)
& LAWATAN TAPAK DI PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK KAMPUNG PANDAN, KUALA LUMPUR
TARIKH TUTUP : 19 OGOS 2025 (SELASA)
SEBELUM JAM 12.00 TENGAH HARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu (1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha (Urus setia Perolehan) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (MPGIA)

Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Unit integriti MSN dengan kerjasama Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah menganjurkan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) bagi kumpulan pelaksana pada 5 hingga 6 Ogos 2025 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

Antara topik yang dibentangkan adalah Integriti Dalam Perkhidmatan Awam serta Kesalahan Lazim Tatatertib Dalam Perkhidmatan Awam.

Objektif Kursus MPGIA ini adalah bertujuan untuk memahami maksud integriti dan kepentingan dalam perkhidmatan awam, memahami kesalahan-kesalahan rasuah berdasarkan Akta SPRM 2009, mengetahui bentuk salah laku yang sering berlaku dalam perolehan kerajaan dan mengetahui kesalahan tatatertib yang sering berlaku dalam perkhidmatan awam.

Majlis Sukan Negara Malaysia