Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives July 18, 2025

SESI PERKONGSIAN KP MSN BERSAMA PENYELARAS MAJLIS SUKAN NEGERI

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, En. Jefri Ngadirin berkongsi aspirasi dan hala tuju pembangunan bakat sukan bersama Penyelaras Majlis Sukan Negeri sempena Karnival Bakat Olimpik Siri 1/2025 di Terengganu.

Sesi penuh idea ini turut membincangkan strategi pelaksanaan program akar umbi di peringkat negeri dan merangka langkah seterusnya ke arah melahirkan lebih ramai jaguh masa depan.

Selain itu, beliau turut mendapatkan pandangan dan cadangan berkaitan pelaksanaan program di peringkat negeri.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MSN, En. Arrifin Mohd Ghani.

KURSUS ASAS SOLEKAN WAJAH BERSAMA ATLET

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) melalui Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS telah menganjurkan Kursus Asas Solekan Wajah Bersama Atlet pada 18 Julai 2025 di MSN, Bukit Jalil.

Seramai 20 atlet wanita daripada sukan Berbasikal, Karate, Bola Jaring (NNDP) dan Hoki menyertai kursus ini yang dibimbing oleh tenaga pengajar IKBN Peretak.

Program ini memberi peluang kepada atlet mempelajari soft skill solekan yang dapat meningkatkan keyakinan diri, penampilan profesional di acara rasmi, serta menjadi nilai tambah sebagai kemahiran kerjaya selepas bersara dari dunia sukan.

KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 anjuran bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan pada 15–17 Julai 2025 bertempat di Akademi Sukan, UPM.

Kursus ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan kompetensi bagi staf Skim S (Belia & Sukan), khususnya yang terlibat dalam pengurusan dan penganjuran acara sukan.

Melalui kursus ini, para peserta didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran asas pengurusan sukan secara menyeluruh, selari dengan usaha membentuk pegawai sukan yang berkemahiran, profesional dan berdaya saing, ke arah pembangunan sukan negara yang mampan.

Majlis Sukan Negara Malaysia