Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KEROSAKAN DI KAFETARIA ATLET AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Negeri Pahang untuk Gred G1, Kategori B Pengkhususan – Pembinaan Bangunan Kod B08 – (Pemasangan Bahan Kalis Air) dan Kategori CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pahang serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/018/2025 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KEROSAKAN DI KAFETARIA ATLET AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG
TARIKH BUKA : 4 JULAI 2025 (JUMAAT)
TAKLIMAT : 8 JULAI 2025 (SELASA/10.00 PAGI)
& LAWATAN TAPAK BANGUNAN PENTADBIRAN AMD GAMBANG
TARIKH TUTUP : 16 JULAI 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

        Peti Sebutharga & Tender         Lobi Aras 1 (Belakang)         Bangunan Pentadbiran         Majlis Sukan Negara Malaysia         Kompleks Sukan Negara         57000 Bukit Jalil         Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi