Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PERBINCANGAN MAJLIS SUKAN NEGARA BERSAMA SPORTS SINGAPORE

Majlis Sukan Negara (MSN) dan Sport Singapore mengadakan perbincangan strategik bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara agensi sukan utama kedua-dua negara.

Antara topik yang dibincangkan termasuk cadangan penganjuran semula SSC/NSC Games yang kali terakhir dianjurkan sebelum pandemik.

Turut dibincangkan penubuhan kumpulan kerja teknikal (technical working group) bagi merangka kerjasama jangka panjang dalam pembangunan sukan, sains sukan dan pertukaran kepakaran.