Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Encik Jefri Ngadirin, telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan bersama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Institut Sukan Negara (ISN) sebagai langkah awal persediaan ke Temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025.
Mesyuarat ini turut dihadiri Presiden MPM, Dato’ Sri Megat D. Shahriman Zaharuddin, bagi memastikan peranan MPM dan ISN dapat diselaraskan dalam persiapan kontinjen negara menjelang temasya dwitahunan yang dijadual berlangsung pada Januari 2026.









