Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives April 2025

SIDANG MEDIA STATUS PROGRAM LATIHAN ATLET BERBASIKAL NEGARA DATO’ MOHD AZIZULHASNI AWANG

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong hasrat legenda berbasikal negara, Dato’ Mohd Azizulhasni Awang, untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelumba trek profesional dalam sirkit perlumbaan yang dianjurkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh, menjelaskan bahawa hasrat itu disampaikan Azizulhasni dalam pertemuan dengannya sebelum ini dan Kementerian sedia memberikan segala bantuan yang diperlukan untuk menjayakannya.

Ia bermakna Azizulhasni akan menguruskan sendiri program latihan beliau dengan pemantuan daripada Pengarah Teknikal PKBM, John Beasley, dan akan menentukan penyertaan dalam kejohanan-kejohanan yang dirasakan sesuai bagi mengekalkan

KURSUS PENDIDIKAN JURULATIH BERTERUSAN (CCE): SPORTS TAPING ZON TENGAH 2025

Hari kedua berlangsung dengan jayanya melibatkan seramai 34 jurulatih wanita dari pelbagai program pembangunan sukan.

Kursus ini memberi pendedahan kepada teknik asas sokongan hayat sebagai persediaan menghadapi kecemasan dalam bidang kejurulatihan sukan.

KURSUS KEJURULATIHAN GIMRAMA TAHAP 1 2025

Kursus Kejurulatihan Gimrama Tahap 1 2025 telah berlangsung pada 21 hingga 25 April 2024 anjuran bersama Majlis Sukan Negara (MSN) melalui Sekretariat Wanita Dalam Sukan dan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam bidang kejurulatihan sukan gimrama dalam kalangan jurulatih bakat, jurulatih negeri, guru-guru sekolah serta bekas atlet kebangsaan dan negeri.

Penekanan utama kursus adalah pada aspek pemantapan pengetahuan dan kemahiran baharu, meningkatkan kredibiliti jurulatih, pendekatan kejurulatihan moden dan saintifik serta penyeragaman sistem pengajaran & pembelajaran berdasarkan silibus rasmi sukan gimrama.

SESI TOWNHALL KETUA PENGARAH MSN BERSAMA PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN

Sesi townhall Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin bersama persatuan sukan kebangsaan diteruskan lagi hari ini.

Sesi sebelah pagi menyaksikan 19 persatuan sukan dari Majlis Paralimpik Malaysia terlibat yang turut dihadiri Presidennya, Dato’ Sri Megat D.Shahriman Zaharudin.

Manakala 13 persatuan sukan dari Majlis Olimpik Malaysia terlibat pada sesi sebelah petang.

Ini merupakan perjumpaan pertama Ketua Pengarah MSN yang baharu bersama persatuan sukan untuk memperkukuhkan dan mengeratkan kerjsama yang dijalin selama ini.

KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN TAHAP 1

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan Tahap 1 bagi tahun 2025 telah membuka tirainya dengan penganjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat.

Seramai 35 peserta telah mengambil bahagian dalam kursus ini, yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi dan jabatan seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) dan lain-lain persatuan serta organisasi.

Turut hadir, En. Mohd Safrushahar B. Yusoff, Pengarah Pengurusan Acara dan Sukan, MSN.

KURSUS PENDIDIKAN JURULATIH BERTERUSAN (CCE): BASIC LIFE SUPPORT ZON TENGAH 2025

Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Sekretariat Wanita Dalam Sukan dengan Kersama Akademi Kejurulatihan Kebangsaaan, Institut Sukan Negara telah mengadakan Kursus Pendidikan Jurulatih Berterusan (CCE): Basic Life Support Zon Tengah 2025 yang berlangsung pada 17 April 2025 di Bilik Seminar Casa 4, MSN, melibatkan 33 jurulatih wanita pelbagai program pembangunan.

Kursus ini merupakan asas bantuan pemulihan kardiorespiratori dengan tekanan dada dan pernafasan sementara bantuan ambulans sampai untuk mendapat rawatan selanjutnya.

SESI TOWNHALL KETUA PENGARAH MSN BERSAMA PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin hari ini mengadakan sesi townhall bersama persatuan sukan kebangsaan.

Townhall ini melibatkan dua sesi dimana sesi pagi membabitkan 13 persatuan sukan manakala di sebelah petang pula membabitkan 14 persatuan sukan.

Ini merupakan perjumpaan pertama Ketua Pengarah MSN yang baharu bersama persatuan sukan untuk memperkukuhkan dan mengeratkan kerjsama yang dijalin selama ini.

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA     KOMPREHENSIF BAGI 6 UNIT LIFT DI PUSAT  KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK KG.PANDAN UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2 hinagga G7, Kategori MEPengkhususan M03 berdaftar di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pendaftarannya masih berkuatkuasa

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/016/2025 (SPK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA KOMPREHENSIF BAGI 6 UNIT LIFT DI PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK KG.PANDAN UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 17 APRIL 2025 (KHAMIS)
TARIKH TUTUP : 28 APRIL 2025 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PERKHIDMATAN PANEL PEGUAM SEBAGAI PEGAWAI PELINDUNG  DALAM SUKAN BAGI KOD SUKAN SELAMAT

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221103 – GUNA TENAGA – KHIDMAT GUAMAN

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/018/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN PANEL PEGUAM SEBAGAI PEGAWAI PELINDUNG DALAM SUKAN BAGI KOD SUKAN SELAMAT
TARIKH BUKA : 17 APRIL 2025 (KHAMIS)
TARIKH TUTUP : 28 APRIL 2025 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran).

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini. Pihak syarikat juga dimohon untuk menyertakan segala dokumen berkaitan syarikat termasuk Profil Syarikat bagi tujuan rujukan.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Cik Punitha a/p Thiagarajah (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929838

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PROGRAM PERSONAL DEVELOPMENT: SELF IMAGE

Majlis Sukan Negara menerusi Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) telah menganjurkan Program Personal Development: Self Image bertempat di MSN, Bukit Jalil pada Rabu.

Seramai 60 orang atlet telah menyertai program ini yang bertujuan untuk membina keyakinan diri, mengurus imej peribadi secara profesional, dan mempersiapkan diri menghadapi situasi seperti temuduga, temubual media, serta majlis rasmi.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MSN dalam melahirkan atlet yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan, tetapi juga bersedia menempuh dunia kerjaya secara holistik.

Program ini menampilkan En. Hafiz Mustapha, CEO CuteCarry Sdn. Bhd. sebagai penceramah jemputan, dan turut hadir sama YBhg. Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat MACE.

Majlis Sukan Negara Malaysia