Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS TEKNIKAL SUKAN MALAYSIA BIL. 1/2025

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia Bil. 1/2025 telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XXII Selangor 2026 bertempat di Hotel Dorsett Grand, Subang.

Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan cadangan sukan dan acara serta membincangkan pelan tindakan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) menjelang temasya SUKMA Selangor 2026 yang dijadualkan berlangsung pada Ogos 2026.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah penamaan calon Ketua Delegat Teknikal, cadangan calon Pengurus Pertandingan, pengesahan acara serta tempoh dan hari pertandingan, penyediaan jadual serta peraturan pertandingan, dan keperluan pegawai teknikal yang dicadangkan bagi memastikan kelancaran penganjuran temasya tersebut.