Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives April 18, 2025

KURSUS PENDIDIKAN JURULATIH BERTERUSAN (CCE): SPORTS TAPING ZON TENGAH 2025

Hari kedua berlangsung dengan jayanya melibatkan seramai 34 jurulatih wanita dari pelbagai program pembangunan sukan.

Kursus ini memberi pendedahan kepada teknik asas sokongan hayat sebagai persediaan menghadapi kecemasan dalam bidang kejurulatihan sukan.

KURSUS KEJURULATIHAN GIMRAMA TAHAP 1 2025

Kursus Kejurulatihan Gimrama Tahap 1 2025 telah berlangsung pada 21 hingga 25 April 2024 anjuran bersama Majlis Sukan Negara (MSN) melalui Sekretariat Wanita Dalam Sukan dan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam bidang kejurulatihan sukan gimrama dalam kalangan jurulatih bakat, jurulatih negeri, guru-guru sekolah serta bekas atlet kebangsaan dan negeri.

Penekanan utama kursus adalah pada aspek pemantapan pengetahuan dan kemahiran baharu, meningkatkan kredibiliti jurulatih, pendekatan kejurulatihan moden dan saintifik serta penyeragaman sistem pengajaran & pembelajaran berdasarkan silibus rasmi sukan gimrama.

SESI TOWNHALL KETUA PENGARAH MSN BERSAMA PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN

Sesi townhall Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin bersama persatuan sukan kebangsaan diteruskan lagi hari ini.

Sesi sebelah pagi menyaksikan 19 persatuan sukan dari Majlis Paralimpik Malaysia terlibat yang turut dihadiri Presidennya, Dato’ Sri Megat D.Shahriman Zaharudin.

Manakala 13 persatuan sukan dari Majlis Olimpik Malaysia terlibat pada sesi sebelah petang.

Ini merupakan perjumpaan pertama Ketua Pengarah MSN yang baharu bersama persatuan sukan untuk memperkukuhkan dan mengeratkan kerjsama yang dijalin selama ini.

KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN TAHAP 1

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan Tahap 1 bagi tahun 2025 telah membuka tirainya dengan penganjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat.

Seramai 35 peserta telah mengambil bahagian dalam kursus ini, yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi dan jabatan seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) dan lain-lain persatuan serta organisasi.

Turut hadir, En. Mohd Safrushahar B. Yusoff, Pengarah Pengurusan Acara dan Sukan, MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia