Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives April 10, 2025

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SESI TOWNHALL KETUA PENGARAH MSN BERSAMA ATLET

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin hari ini mengadakan sesi townhall bersama atlet di bawah program MSN iaitu atlet program podium, pelapis kebangsaan, atlet para podium dan para pelapis kebangsaan.

Tujuan utama sesi ini diadakan adalah untuk membuka ruang dialog dua hala antara pihak pengurusan tertinggi MSN bersama barisan atlet negara.

Sesi dua jam yang diadakan di Dewan Banquet Casa 4 ini turut dihadiri Timbalan Ketua Pengaran Pengurusan, Encik Arrifin Mohd Ghani; Pengarah Bahagian Atlet, Encik Azrul Hisyam Abdul Jalil dan Pengarah Bahagian Para, Encik Joherman Amir.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PENYEWAAN KANTIN DI KOMPLEKS SUKAN MSN ASAHAN, MELAKA UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Melaka serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221506 – PENYEWAAN (BANGUNAN/PEJABAT/STOR/RUANG NIAGA/RUMAH KEDIAMAN)

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/012/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PENYEWAAN KANTIN DI KOMPLEKS SUKAN MSN ASAHAN, MELAKA UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 10 APRIL 2025 (KHAMIS)
LAWATAN TAPAK : 14 APRIL 2025 (ISNIN)/11.00 PAGI
(KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA)
TARIKH TUTUP : 21 APRIL 2025 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Shakira Yahaya (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929041

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PERKHIDMATAN PERUNDING KURSUS TRANSFORMASTIONAL LEAERSHIP PROGRAM MSN 2025

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

241300 – PENGURUSAN KURSUS/SEMINAR & PENDIDIKAN
atau
221110 – PERKHIDMATAN/GUNA TENAGA/KHIDMAT LATIHAN, TENAGA PENGAJAR DAN MODERATOR/NEGOTIATOR

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/011/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN PERUNDING KURSUS TRANSFORMASTIONAL LEAERSHIP PROGRAM MSN 2025
TARIKH BUKA : 10 APRIL 2025 (KHAMIS)
TARIKH TUTUP : 21 APRIL 2025 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Rozaki Zakaria (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929808

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

Majlis Sukan Negara Malaysia