Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives March 2025

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PEMBELIAN PAKAIAN DAN PERALATAN LATIHAN SERTA PERTANDINGAN SUKAN PARA BADMINTON BAGI PROGRAM PODIUM TAHUN 2025

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

030501– PERALATAN SUKAN
030101- PAKAIAN SUKAN DAN AKSESORI

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/005 /2025 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBELIAN PAKAIAN DAN PERALATAN LATIHAN SERTA PERTANDINGAN SUKAN PARA BADMINTON BAGI PROGRAM PODIUM TAHUN 2025
TARIKH BUKA : 12 MAC 2025 (RABU)
TARIKH TUTUP : 20 MAC 2025 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Nor Shilawati Md Khairi (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929928

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Pemyebutharga

Spesifikasi

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN 4 UNIT LIFT SECARA ‘KOMPREHEHNSIF’ DI BANGUNAN VISTA MSN BUKIT JALIL

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 dan ke atas, Kategori MEPengkhususan M03 berdaftar di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/008/2025 (SPK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN 4 UNIT LIFT SECARA ‘KOMPREHEHNSIF’ DI BANGUNAN VISTA MSN BUKIT JALIL
TARIKH BUKA : 12 MAC 2025 (RABU)
TARIKH TUTUP : 20 MAC 2025 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Pemyebutharga

Spesifikasi

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS BERPUSAT DAN BERASINGAN (SPLIT UNIT) DI KOMPLEKS MSN PAGOH, JOHHOR UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1/G2 Kategori ME – Pengkhususan M01 berdaftar di Negeri Johor sahaja serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/007/2025 (SPK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS BERPUSAT DAN BERASINGAN (SPLIT UNIT) DI KOMPLEKS MSN PAGOH, JOHHOR UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 12 MAC 2025 (RABU)
TARIKH TUTUP : 20 MAC 2025 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha (Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad (Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Pemyebutharga

Spesifikasi

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik ‘bungkus awal’

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia gagal meneruskan saingan di Seluruh England apabila kandas seawal pusingan pertama, sebentar tadi.

Zii Jia yang menduduki ranking ketujuh dunia, tewas di tangan pemain Hong Kong, Ng Ka Long 21-19, 16-21, 12-21 pada perlawanan yang berlangsung selama satu jam dua minit di Utilita Arena, Birmingham.

Kekalahan itu menyaksikan Zii Jia gagal meneruskan rentak kemenangan ke atas Ka Long selepas memenangi lima pertemuan terakhir menentang pencabarnya itu sejak Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, yang diadakan pada Oktober 2023.

Lebih mengecewakan, beberapa minit selepas itu, beregu lelaki negara yang juga naib juara tahun lalu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut tersingkir awal selepas tewas 16-21, 21-16, 18-21 di tangan pasangan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Minggu lalu, Zii Jia, yang diletakkan sebagai pilihan utama kejohanan, tewas straight set 21-23, 7-21 dalam tempoh 39 minit di tangan Nhat Nguyen dari Ireland pada aksi suku akhir Masters Orleans.

Sebagai rekod, Zii Jia pernah muncul juara Seluruh England pada edisi 2021.

Bagi Aaron-Wooi Yik pula, ia meneruskan rentetan kekecewaan mereka selepas turut tersingkir seawal pusingan pertama Masters Orleans minggu lalu di tangan gandingan muda China, Sun Wen Jun-Zhu Yi Jun 18-21, 8-21.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Jonatan lebur impian Jun Hao

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada penampilan pertamanya di Seluruh England apabila tersingkir seawal pusingan pertama.

Pemain negara yang menduduki ranking ke-24 dunia itu tewas di tangan juara bertahan dari Indonesia, Jonatan Christie 11-21, 19-21 dalam tempoh 43 minit di Utilita Arena, Birmingham.

Kekalahan itu bermakna Jun Hao gagal meneruskan rentak kemenangan ke atas Jonatan selepas mengatasi pemain nombor dua dunia itu pada aksi separuh akhir Masters Jepun. November tahun lalu.

Jun Hao dilihat tidak mempunyai jawapan untuk mematikan rentak permainan Jonatan dan terpaksa akur dengan kekalahan itu.

Pemain negara berusia 25 tahun itu akan memberi fokus kepada saingan Terbuka Switzerland pada minggu depan.

Nasib sama juga menimpa beregu campuran negara, Hoo Pan Ron-Cheng Su Yin yang kandas seawal pusingan pertama.

Pang Ron-Su Yin terpaksa akur dengan kehebatan wakil Korea Selatan, Ki Dong Ju-Jeong Na Eun yang menewaskan mereka 17-21, 18-21 dalam tempoh 36 minit.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Soon Huat-Shevon teruskan kemaraan di Seluruh England

Kuala Lumpur: Beregu profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai menepati ramalan selaku pilihan pertama Seluruh England apabila meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.

Soon Huat-Shevon yang menduduki ranking ketiga dunia, menewaskan gandingan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 22-20, 9-21, 21-18 dalam tempoh satu jam pada pusingan pertama, hari ini.

Berlangsung di Utilita Arena Birmingham, pasangan suami isteri itu terpaksa berhempas pulas untuk memenangi set pertama sebelum tewas mudah di set kedua, namun bangkit semula untuk melakar kemenangan di set penentuan.

Soon Huat-Shevon akan bertemu wakil Scotland, Alexander Dunn-Julie Macpherson di pusingan kedua.

Bagaimanapun gandingan beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King gagal mengikut jejak langkah Soon Huat-Shevon apabila kandas di pusingan pertama.

Beregu negara itu yang mara sehingga ke separuh akhir Masters Orleans minggu lalu, tewas di tangan gandingan China, Hung Di-Liu Yang 18-21, 21-16, 17-21.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Nani Sahirah idam lontaran emas Sukan Sea 2025

Kuala Lumpur: Atlet lontar peluru wanita negara, Nani Sahirah Maryata berharap akan menukar warna pingat kepada emas pada temasya Sukan Sea 2025 di Thailand, dari 9 hingga 20 Disember depan.

Atlet berusia 24 tahun kelahiran Kuantan, Pahang itu sekadar memenangi pingat gangsa pada penampilan sulung di Kemboja dua tahun lalu.

“Sasaran saya pada tahun ini adalah untuk mengenggam emas,” katanya dalam satu video dikongsikan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini

Berbaki sembilan bulan lagi, penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu dilihat berada di landasan tepat dalam merealisasikan sasaran berkenaan selepas muncul pemegang rekod kebangsaan acara ini dengan lontaran sejauh 15.70 meter (m), yang dilakukannya pada Kejohanan Grand Final Varsity Track & Field tahun lalu.

Dia memperbaharui rekod peribadi iaitu 15.39m sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau berkata sama seperti kebanyakan atlet lain, jadual latihannya diatur semula bagi menyesuaikan diri dengan waktu sahur serta berbuka sepanjang bulan Ramadan ini.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
TAKLIMAT PENDIDIKAN CUKAI DAN PROSEDUR E-FILING UNTUK ATLET DAN JURULATIH MSN

Majlis Sukan Negara menerusi Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) telah menganjurkan Taklimat Pendidikan Cukai Dan Prosedur E-Filing untuk Atlet dan Jurulatih di bawah Program Majlis Sukan Negara pada 11 Mac 2025 bertempat di Dewan Bankuet, Casa 4, Majlis Sukan Negara.

Taklimat yang dikendalikan oleh Encik Aizat Ikhwan Roslan serta Puan Norshafiqah Badri daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran atlet dan jurulatih tentang kepentingan percukaian serta memberikan panduan yang jelas mengenai pengisian serta pemfailan cukai.

Program kali ini menyaksikan kehadiran 60 atlet kebangsaan mengambil peluang menerusi program ini untuk membuka e-fail dan mengisi butiran percukaian secara dalam talian dengan bantuan daripada pegawai-pegawai LHDN.

Turut hadir, YBhg. Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat MACE Majlis Sukan Negara

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Alyssa sasar suku akhir di Kejohanan Piala Negara-Negara

Kuala Lumpur: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nur Alyssa Farid yang semakin mencuri perhatian di pentas antarabangsa dan kini bersiap sedia untuk menguji kehebatannya dalam Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye bermula Jumaat ini.

Dalam penampilan sulungnya di kejohanan berkenaan, atlet kelahiran Johor berusia 20 tahun itu meletakkan sasaran realistik untuk mara sekurang-kurangnya ke suku akhir dalam acara pecut dan keirin.

“Sudah tentu saya teruja untuk berlumba di tahap lebih tinggi, tetapi pada masa sama agak gementar kerana saingan kali ini membabitkan pelumba terbaik dunia.

“Ini adalah penampilan pertama saya di Kejohanan Piala Negara-Negara, jadi saya tidak pasti bagaimana suasananya nanti.

“Jika berjaya ke suku akhir dalam acara pecut dan keirin, itu sudah cukup membanggakan saya,” katanya.

Alyssa sebelum ini membuktikan kemampuannya apabila membantu skuad negara meraih perak dalam acara pecut berpasukan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025, bulan lalu.

Bergandingan bersama Anis Amira Rosidi dan Nurul Izzah Izzati Asri, trio negara mencatat masa 49.132 saat (s) dan hanya dipisahkan dengan pasukan China yang merangkul emas, manakala Jepun di tempat ketiga.

Sebagai rekod, bakat Alyssa mula mencuri tumpuan selepas penampilan sulung cemerlang di Piala Presiden 2025, Januari lalu, apabila membawa pulang satu perak dalam acara pecut serta dua gangsa dalam keirin dan pecut individu.

Kini, dengan semangat dan tekad tinggi, Alyssa bersedia mengibarkan cabaran Malaysia di pentas dunia.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PM hadir Program Ihya Ramadan KBS

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Program Ihya Ramadan yang diadakan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

KBS memaklumkan program Ihya Ramadan itu turut mendapat kerjasama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Program Ihya Ramadan bertujuan sebagai wadah Perdana Menteri menyantuni warga KBS bagi memanfaatkan bulan Ramadan dengan mengisi amalan kerohanian menerusi majlis ilmu yang penuh keberkatan.

“Antara pengisian program ialah Tazkirah Ramadan yang bertajuk Ramadan: Tarbiah Emosi dan Jasmani Belia MADANI yang disampaikan oleh penceramah dari JAKIM, Mohd Lukmanul Hakim Mokhtar serta turut melakukan solat Zohor berjemaah.

“Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama hampir 400 warga KBS dan agensi turut hadir mengimarahkan sesi majlis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum mengikuti program berkenaan, Anwar juga sempat bertemu dengan pengurusan tertinggi KBS untuk membincangkan pelbagai perkara berhubung pemantapan tatakelola, inisiatif KBS dan pencapaian utama kementerian.

Majlis Sukan Negara Malaysia