Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives January 2025

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SESI PENYERAHAN DOKUMEN AKHIR PENYELIDIKAN SUKARELAWAN PENGANJURAN SUKAN

Sesi penyerahan modul penyelidikan pengurusan sukarelawan penganjuran sukan bertajuk “Measuring the Effectiveness of Volunteer Management of High-Performance Sports Organizing and the Development of Modules to Produce Sports Volunteers” telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid, Ketua Pengarah MSN.

Melalui kolaborasi antara Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) UiTM, MSN, dan syarikat MBAS TECH PLT, satu sistem inovatif dikenali sebagai Volunteer Management Integrated System (VMiS) telah dibangunkan. Sistem ini beroperasi secara ‘real-time’ untuk memastikan keberkesanan pengurusan sukarelawan dalam penganjuran sukan berprestasi tinggi.

Keberkesanan modul dan sistem ini telah diuji melalui beberapa kejohanan antarabangsa seperti Asian Cycling Championship (ACC) 2023, Kejohanan Mirnawan Cup 2023, Sepaktakraw World Cup 2024, Kejohanan Supermokh 2024.

Penyelidikan ini menjadi langkah penting dalam memperkasakan pengurusan sukarelawan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
46th SOUTH EAST ASIA SHOOTING CHAMPIONSHIP RIFLE/PISTOL TAOYUAN, CHINESE TAIPEI

Sukan : Menembak

Tempat : Taoyuan, Chinese Taipei

Acara : 10M AIR RIFLE MEN (INDIVIDU)

Pusingan : AKHIR

🥇Muhd Irwan (SGP)

🥈Fathur (INA)

🥉Haziq Fadhil (MAS)

Acara : 25M SPORT PISTOL WOMEN (INDIVIDU)

Pusingan : AKHIR

🥇Alia Sazana (MAS)

🥈Asyifa (INA)

🥉Saencha Kamonlak (THA)

Acara : 25M SPORT PISTOL WOMEN (BERPASUKAN)

Pusingan : AKHIR

🥇CHINESE TAIPEI

🥈INDONESIA

🥉MALAYSIA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA (INDUK) SUKAN MALAYSIA XXII SELANGOR 2026

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola (Induk) SUKMA XXII Selangor 2026 telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor bertempat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Mesyuarat ini membincangkan cadangan penganjuran Temasya SUKMA 2026 yang dijangka menjadi acara sukan terbesar di Malaysia.

Hadir sama, YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan, YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) & Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXII Selangor 2026 serta YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
46th SOUTH EAST ASIA SHOOTING CHAMPIONSHIP RIFLE/PISTOL TAOYUAN, CHINESE TAIPEI

Sukan : Menembak

Tempat : Taoyuan, Chinese Taipei

Acara : 10M AIR PISTOL MEN (INDIVIDU)

Pusingan : AKHIR

🥇Chang Lu (TPE)

🥈Sudhket (THA)

🥉Syafiq (MAS)

Acara : 10M AIR PISTOL MEN (BERPASUKAN)

Pusingan : AKHIR

🥇MALAYSIA

🥈CHINESE TAIPEI

🥉INDONESIA

Acara : 10M AIR PISTOL WOMEN (BERPASUKAN)

Pusingan : AKHIR

🥇CHINESE TAIPEI

🥈MALAYSIA

🥉INDONESIA

Acara : 10M AIR PISTOL MEN JUNIOR (INDIVIDU)

Pusingan : AKHIR

🥇Jinli Wei-Hua (TPE)

🥈Putra Hizkhia (INA)

🥉Justin Joannes (MAS)

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PENERANGAN – PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM
Tarikh:4 Jun 2024 (Selasa)
Masa:11.00 Pagi – 1.00 Tengahari
Tempat:Bilik Merpati, Aras 1, Casa 1, Majlis Sukan Negara Malaysia

Program ini telah diadakan oleh Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sebanyak 2 Sesi Penerangan telah diadakan. Sesi 1 berkaitan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR). Penerangan ini telah disampaikan oleh Encik Razif bin Sazali, Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban.

Manakala Sesi Kedua pula berkenaan Pra Diploma UiTM telah disampaikan oleh Puan Siti Noriah Mohd Shotor, Koordinator Pra Siswazah, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.

Turut hadir Puan Siti Nafisah Md Rashid, Pengerusi Misi Akademik, UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE).

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SAMBUTAN KEPULANGAN PASUKAN TENPIN BOLING DARI PIALA DUNIA IBF 2025

Skuad tenpin boling negara kembali dari Piala Dunia IBF 2025 di Hong Kong, China, dengan membawa pulang 2 pingat Emas dan 2 pingat Perak.

🥇 Perseorangan Wanita – Natasha Roslan

🥇Berpasukan Lelaki – Rafiq Ismail, Tun Hakim, Ahmad Muaz & Timmy Tan

🥈Perseorangan Lelaki – Rafiq Ismail

🥈Berpasukan Wanita – Siti Safiyah, Natasha Roslan, Gillian Lim & Sin Li Jane

Tahniah, skuad tenpin boling negara! Anda kebanggaan Malaysia! 🏆🎉

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENAUNG DAN PENASIHAT KORPORAT PERSATUAN MEMANAH KEBANGSAAN MALAYSIA (NAAM)

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Penaung dan Penasihat Korporat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) telah diadakan di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Kuala Lumpur pada Rabu.

YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi MATRADE, dilantik sebagai Penaung NAAM, manakala YBrs. Tuan Haji Arrifin bin Marzuki, Pengerusi Bubbles O2, sebagai Penasihat Korporat NAAM.

Majlis ini merupakan satu langkah penting dalam usaha memajukan sukan memanah di Malaysia.

Turut hadir sama ke majlis tersebut, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
TAKLIMAT CADANGAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN 8 SUKAN OLIMPIK

Taklimat cadangan pelaksanaan pembangunan 8 sukan Olimpik yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Suriaghandi P. Suppiah, Ahli Lembaga Pengurusan MSN telah berlangsung di MSN, Bukit Jalil.

Sebanyak 8 jenis sukan dikenalpasti berpotensi mampu untuk layak ke Sukan Olimpik seperti Akuatik Renang, Akuatik Terjun, Berbasikal, Memanah, Taekwondo, Skuasy, Badminton dan Olahraga dan MSN kini menyasarkan pembangunan atlet berbakat sukan-sukan berkenaan bermula daripada peringkat umur 13 hingga 21 tahun.

Langkah ini juga melibatkan kerjasama erat dengan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) untuk menyelaraskan pelan tindakan yang lebih efektif dan komprehensif.

Turut hadir pada sesi taklimat itu ialah YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
BENGKEL RETREAT KPI MSN 2025

Satu Bengkel Retreat KPI MSN untuk tahun 2025 telah diadakan pada 8 hingga 11 Januari 2025 bagi tujuan membincangkan hala tuju dan merangka strategi jangka panjang yang menyeluruh dan berkesan bagi mencapai visi dan misi Majlis Sukan Negara.

Bengkel tiga hari tersebut telah dihadiri lebih 30 orang yang terdiri daripada pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan MSN itu, telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

Pada ucapan pembukaan bengkel tersebut, beliau turut menyentuh berkaitan hal-hal pengurusan peruntukan kewangan kerajaan dan etika perbelanjaan penuh integriti serta patuh dengan sop yang ditetapkan oleh jabatan.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
2025 IBF WORLD CUP

Sukan : TENPIN BOLING

Tarikh : 05 – 15 Januari 2025

Tempat : Hong Kong, China

Keputusan Pertandingan

Men’s Singles

🥇– Jian Chao Du (CHN)

🥈– Rafiq Ismail (MAS)

🥉– Packy Hanrahan (USA) & Jaris Goh (SGP)

Women’s Singles

🥇– Natasha Roslan (MAS)

🥈– Birgit Noreiks (GER)

🥉– Daphne Tan (SGP) & Nora Johansson (SWE)

Majlis Sukan Negara Malaysia