Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN MSN-F&N-YAKEB SEMPENA TAHUN BARU CINA 2025

F&N selaku Rakan Penaja Majlis Sukan Negara, sekali lagi berganding bahu bagi menyerahkan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 29 Januari ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya program ziarah amal ini juga mendapat kerjasama daripada Pihak Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dimana barangan sumbangan dihulurkan kepada 10 orang bekas atlet kebangsaan yang memerlukan bantuan.

Program penyerahan sumbangan berupa wang tunai serta produk F&N disempurnakan bersama YBhg. Dato’ Noorul Ariffin bin Abdul Majeed, Pengerusi YAKEB, En. Muhammad Fauzi bin Ahmad, Pengurus Pengurusan Acara & Penajaan F&N dan Pn. Puah Pei Ling, Pengarah Bahagian Korporat MSN.