Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives January 24, 2025

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh meluangkan masa melawat atlet karate negara, Muhammad Arif Affifudin di sebuah hospital di ibu negara.

YB Hannah diiringi Ketua Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) MSN, Datuk Shalin Zulkifli dan Pengarah Bahagian Perubatan Sukan ISN, Dr. Kamarul Hashimy Hussein.

Pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022 itu terlibat kemalangan pada 20 Januari lalu dan mengalami keretakan pada buku lali.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN MSN-F&N-YAKEB SEMPENA TAHUN BARU CINA 2025

F&N selaku Rakan Penaja Majlis Sukan Negara, sekali lagi berganding bahu bagi menyerahkan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 29 Januari ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya program ziarah amal ini juga mendapat kerjasama daripada Pihak Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dimana barangan sumbangan dihulurkan kepada 10 orang bekas atlet kebangsaan yang memerlukan bantuan.

Program penyerahan sumbangan berupa wang tunai serta produk F&N disempurnakan bersama YBhg. Dato’ Noorul Ariffin bin Abdul Majeed, Pengerusi YAKEB, En. Muhammad Fauzi bin Ahmad, Pengurus Pengurusan Acara & Penajaan F&N dan Pn. Puah Pei Ling, Pengarah Bahagian Korporat MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia