Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives January 22, 2025

KOM perlu beri alasan kukuh jika mahu tambah jurulatih – MSN

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) akan mempertimbangkan permohonan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk menambah bilangan jurulatih sedia ada sekiranya badan induk itu mempunyai justifikasi yang kukuh.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) MSN Jefri Ngadirin berkata pihaknya tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.

“KOM memohon enam jurulatih, namun kami hanya meluluskan tiga nama dalam perbincangan Jawatankuasa Kerja (JKK) baru-baru ini. Bagi tiga nama tambahan, mereka perlu mengemukakan rayuan berserta justifikasi jelas.

“Persatuan perlu menentukan acara yang benar-benar memerlukan jurulatih tambahan, dan Pengarah Teknikal KOM Robert Ballard perlu menyusun strategi untuk menyelesaikan isu ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Setakat ini, pasukan olahraga negara masih belum mempunyai jurulatih bagi skuad pecut selepas kontrak Mohd Poad Md Kassim tidak disambung pada penghujung tahun lepas. – BERNAMA

46th SOUTH EAST ASIA SHOOTING CHAMPIONSHIP RIFLE/PISTOL TAOYUAN, CHINESE TAIPEI

Sukan : Menembak

Tempat : Taoyuan, Chinese Taipei

Acara : 50M 3 POSITION WOMEN (INDIVIDU)

Pusingan : AKHIR

πŸ₯‡Martina Veloso (SGP)

πŸ₯ˆGan Chen Jie (MAS)

πŸ₯‰Sung Yu-Ting (TPE)

Acara : 50M 3 POSITION WOMEN (BERPASUKAN)

Pusingan : AKHIR

πŸ₯‡INDONESIA

πŸ₯ˆMALAYSIA

Acara : 25M RAPID FIRE PISTOL MEN (INDIVIDU)

Pusingan : AKHIR

πŸ₯‡Ridhuan (MAS)

πŸ₯ˆDewa Anugerah (INA)

πŸ₯‰Chen Haohui (HKG)

Acara : 25M RAPID FIRE PISTOL MEN (BERPASUKAN)

Pusingan : AKHIR

πŸ₯‡INDONESIA

πŸ₯ˆMALAYSIA

πŸ₯‰CHINESE TAIPEI

Acara : 50M 3 POSITION MEN (INDIVIDU)

Pusingan : AKHIR

πŸ₯‡Gustafian (INA)

πŸ₯ˆHaritz Iklil (MAS)

πŸ₯‰Marat Veloso (SGP)

Majlis Sukan Negara Malaysia