Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SESI PENYERAHAN DOKUMEN AKHIR PENYELIDIKAN SUKARELAWAN PENGANJURAN SUKAN

Sesi penyerahan modul penyelidikan pengurusan sukarelawan penganjuran sukan bertajuk “Measuring the Effectiveness of Volunteer Management of High-Performance Sports Organizing and the Development of Modules to Produce Sports Volunteers” telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid, Ketua Pengarah MSN.

Melalui kolaborasi antara Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) UiTM, MSN, dan syarikat MBAS TECH PLT, satu sistem inovatif dikenali sebagai Volunteer Management Integrated System (VMiS) telah dibangunkan. Sistem ini beroperasi secara ‘real-time’ untuk memastikan keberkesanan pengurusan sukarelawan dalam penganjuran sukan berprestasi tinggi.

Keberkesanan modul dan sistem ini telah diuji melalui beberapa kejohanan antarabangsa seperti Asian Cycling Championship (ACC) 2023, Kejohanan Mirnawan Cup 2023, Sepaktakraw World Cup 2024, Kejohanan Supermokh 2024.

Penyelidikan ini menjadi langkah penting dalam memperkasakan pengurusan sukarelawan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.