Taklimat cadangan pelaksanaan pembangunan 8 sukan Olimpik yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Suriaghandi P. Suppiah, Ahli Lembaga Pengurusan MSN telah berlangsung di MSN, Bukit Jalil.
Sebanyak 8 jenis sukan dikenalpasti berpotensi mampu untuk layak ke Sukan Olimpik seperti Akuatik Renang, Akuatik Terjun, Berbasikal, Memanah, Taekwondo, Skuasy, Badminton dan Olahraga dan MSN kini menyasarkan pembangunan atlet berbakat sukan-sukan berkenaan bermula daripada peringkat umur 13 hingga 21 tahun.
Langkah ini juga melibatkan kerjasama erat dengan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) untuk menyelaraskan pelan tindakan yang lebih efektif dan komprehensif.
Turut hadir pada sesi taklimat itu ialah YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), MSN.