Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives October 30, 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Promosi Makanan bertemakan perayaan Deepavali

Promosi Makanan bertemakan perayaan Deepavali diadakan 30 Oktober 2024 bertempat di Kafeteria Atlet Time Out, Bukit Jalil dan juga Kafeteria Atlet, Kompleks MSN Nilai sempena Perayaan Deepavali yang akan disambut pada 31 Oktober 2024.

Pelbagai sajian tradisi India telah disediakan oleh chef eksekutif.

Antara menu yang disediakan adalah Awadhi Lamb Briyani Rice, Butter Garlic Paratha with Aloo Palak & Chana Masala, Samosa with Mango Chutney, Gulab Jamun, Saggubiyam Payasam, Mohabbat Ka Sharbat dan banyak lagi.

Atlet-atlet yang hadir amat gembira dengan penyediaan promosi makanan kali ini.

Selamat Menyambut Perayaan Deepavali kepada semua warga sukan yang menyambutnya.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM RAWATAN AIR KUMBAHAN DAN ‘GREASETRAP’ DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH SECARA BERKALA UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Kedah/Cawangan serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) permit IPA Jenis D) pembentungan bagi Negeri Kedah dan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dan bertaraf Bumiputera di bawah kod bidang seperti berikut :-

221010 – Kolam Kumbahan/Sisa Perawatan/Talian Paip/Sesalur

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/046/2024 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM RAWATAN AIR KUMBAHAN DAN ‘GREASETRAP’ DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH SECARA BERKALA UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 30 OKTOBER 2024 (RABU)
TARIKH TUTUP : 12 NOVEMBER 2024 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA ‘KOMPREHEHNSIF’ BAGI 6 UNIT DI PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK KG PANDAN, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM – Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 hingga G7, Kategori ME – Pengkhususan M03 berdaftar di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/047/2024 (SPK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA ‘KOMPREHEHNSIF’ BAGI 6 UNIT DI PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK KG PANDAN, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 30 OKTOBER 2024 (RABU)
TARIKH TUTUP : 7 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS BERASINGAN (SPLIT UNIT) SECARA KOMPREHENSIF PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2, Kategori MEPengkhususan M01 berdaftar di Negeri Kedah sahaja serta pendaftarannya masih berkuatkuasa

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/048/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS BERASINGAN (SPLIT UNIT) SECARA KOMPREHENSIF PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH UNTUK MSNM