Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
BENGKEL PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNTUK ATLET PROGRAM MAJLIS SUKAN NEGARA SIRI 1

Bengkel Penggunaan Media Sosial untuk Atlet Program MSN Siri 1 telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN yang diadakan pada 15 Oktober 2024 bertempat di Hotel Mercure Living, Putrajaya.

Siri bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada atlet tentang kebaikan dan keburukan media sosial. Seramai 20 orang atlet telah hadir ke bengkel tersebut.

Topik Pembelajaran :

1. Peranan media sosial dalam sukan.

2. Teknik untuk menilai kekuatan kandungan di media sosial.

3. Membina kandungan relevan dan berkualiti.

4. Pengurusan krisis media sosial.

5. Terminologi penting dalam dunia media sosial.