Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives September 2024

Piala Raja Thai: Malaysia terus kempunan raih juara regu berpasukan

IMPIAN Malaysia menamatkan penantian 36 tahun skuad sepak takraw muncul juara acara regu berpasukan Piala Raja Thai 2024 tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada tuan rumah Thailand hari ini.

Berdasarkan rekod, kali terakhir skuad sepak takraw negara memenangi Piala Raja Thai ialah pada 1988 yang ketika itu di bawah kendalian Haris Abdul Rahman

Pada perlawanan akhir berlangsung di Nakhon Ratchasima, regu pertama negara dibarisi Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong), Mohamad Azlan Alias (apit kanan) dan Farhan Adam (apit kiri) dipaksa bermain tiga set sebelum tewas 15-4, 3-15, 11-15.

Sandaran buat regu kedua negara Zarif Marican Ibrahim Marican (tekong), Muhammad Shahalril Aiman Halim (apit kanan) dan Aidil Aiman Azwawi (apit kiri) untuk bangkit menghidupkan peluang ke perlawanan ketiga juga tidak berhasil apabila tewas 13-15 dan 9-15.

Kegagalan itu menyaksikan Malaysia terus kemarau selama 36 tahun untuk menjulang piala berprestij berkenaan yang kekal didominasi negara Gajah Perang.

Isnin lepas, skuad sepak takraw negara merangkul emas acara regu lelaki Piala Raja Thai 2024 selepas menewaskan India 2-0. – Bernama

sukan para powerlifting

Jong Yee Khie atlet terakhir kontinjen negara yang beraksi pada Ahad, menutup saingan sukan para powerlifting acara 107kg Lelaki dengan angkatan 208kg dan menduduki tempat ke-7 keseluruhan.

Para Olahraga

Tahniah @latifromly🥈🔥🔥. Datuk Abdul Latif Romly menutup saingan Para Olahraga dengan meraih pingat perak untuk negara.

Latif yang mencatat lompatan sejauh 7.45 meter dipintas oleh atlet dari Jawatankuasa Paralimpik Rusia Matvei Lakushev 7.51 meter pada lompatan akhir. We are proud of you!!

Karnival Sukan Wanita Kebangsaan

Sekitar hari kedua bagi sukan Bola Jaring di Karnival Sukan Wanita Kebangsaan yang sedang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula 4 hingga 8 September 2024.

Karnival Sukan Wanita Kebangsaan

Sekitar aksi bagi perlawanan sukan Bola Sepak bawah 12 tahun dan Ragbi bawah 15 tahun di Karnival Sukan Wanita Kebangsaan yang sedang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula 4 hingga 8 September 2024.

Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh bersama pemenang-pemenang pingat Paralimpik Paris

Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh bersama pemenang-pemenang pingat Paralimpik Paris hadir ke Majlis Meraikan Atlet Negara di Jardin du Luxembourg anjuran Malaysian Association in France.

Turut hadir ke majlis tersebut Duta Besar Malaysia ke Perancis TYT Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Encik Abdul Rashid Yaakub.

Promosi Makanan bertemakan kemerdekaan

Promosi Makanan bertemakan kemerdekaan diteruskan lagi di Kafeteria Atlet Time Out, Bukit Jalil sempena sambutan Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September 2024 nanti.

Pelbagai sajian telah disediakan oleh chef berpengalaman berkonsepkan “fusion cuisine” yang menggabungkan sajian tempatan dengan sedikit olahan daripada negara lain.

Antara menu yang disediakan adalah Chicken Rendang Lasagna, Nasi Lemak Royal, Beef Steak Butter Creamy Mushroom, Pulut Jalur Gemilang, Hot & Sour Soup, Roti Kukus, Stuffed Tuna Baked Tomato, Salad Mak Tam dan banyak lagi.

Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke 61 🇲🇾

Karnival Sukan Wanita Kebangsaan

Sekitar hari pertama bagi sukan Bola Sepak bawah 12 tahun di Karnival Sukan Wanita Kebangsaan yang sedang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula 4 hingga 8 September 2024.

Para Powerlifting Acara Men’s Up To 72kg.

Emas kita punya!!!!! 🔥🔥🔥 Bonnie Bunyau Gustin membuktikan dia masih lagi sukar digugat kerana berjaya memecah rekod dunia 232kg dan mempertahankan pingat emas kedua peribadi dan juga yg kedua untuk kontinjen negara di Temasya Paralimpik Paris 2024 dalam sukan para powerlifting acara Men’s Up To 72kg.

Karnival Sukan Wanita Kebangsaan

Sekitar hari pertama bagi sukan Ragbi bawah 15 tahun di Karnival Sukan Wanita Kebangsaan yang sedang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula 4 hingga 8 September 2024.

Majlis Sukan Negara Malaysia